Ustaz Shamsuddin 191024

Kuliah Subuh

FB LIVE

https://www.facebook.com/share/v/1J6uYXYCZF/

• Apabila seseorang itu telah mendapat cahaya ehsan ia melihat alam ini dari aspek yang berbeza. Hatinya sentiasa mengingati akan kebesaran Allah SWT.

• Apabila hati seorang itu sentiasa mengingati Allah SWT maka dirinya sudah menjauhkan diri daripada aspek duniawi.

• Kehidupan dunia ini adalah sementara. Tetapi keseronokan yang terdapat didalamnya membuat sesaorang itu lupa akan destinasi akhirnya iaitu kehidupan akhirat.

• Hati seseorang yang yakin akan janji Allah SWT akan kehidupan akhirat.  Yakin akan kebesaran NYA. Pandangan hidupnya didunia ini hanya melihat akan sifat sifat yang maha Pengasih dan Penyayang. Dunia baginya adalah satu transit sahaja. Yang diharapkan adalah kehidupan setelah meninggalkan dunia ini.

• Apa yang dilakukan didunia ini adalah sebagai persiapan untuk mencapai yang hakiki. Ia itu kebahagian hidup di akhirat kelak. Dia yakin bahawa keseronokan dunia ini adalah kecil jika dibandingkan dengan apa yang dikecapi di akhirat kelak. Dia juga berusaha agar dia tidak mendapat azab di akhirat kelak.

• Dunia bagi orang yang tidak beriman adalah syurga. Segala usaha mereka adalah untuk mencapai kesenangan duniawi. Tidak melihat kehidupan setelah mati. Sebaliknya orang yang beriman dunia ini adalah jambatan untuk mencapai kejayaan hidup dialam akhirat kelak. Dunia adalah tempat menghadapi ujian NYA.

• Akhlak orang yang beriman itu sentiasa merendah diri. Sedar bahawa dirinya adalah kerdil sahaja jika dibandingkan dengan kebesaran Allah SWT. Faham akan situasi yang sebenarnya disebalik keseronokan hidup didunia ini. Kalau dia kaya pasti ada yang lebih kaya daripadanya. Begitu juga dengan kekuasaan yang didapati didunia ini sementara sahaja.

• Nabi Allah Sulaiman RA adalah raja yang besar kekuasaannya tetapi sebagai seorang yang beriman dia sentiasa merendah diri dan sentiasa mengikut segala perintah Allah SWT.

• Begitulah dengan Nabi Ayub RA sabar menghadapi segala ujian didunia ini. Sentiasa bersyukur akan segala yang dinikmati kehidupan ini dan yakin akan pertolongan Allah SWT. Dia sentiasa memohon kepada NYA sahaja. Tidak leka akan segala kewajibannya sebagai seorang hamba.

• Orang yang beriman tidak dipengaruhi oleh kesenangan dunia hingga lalai akan kewajipan kepada segala suruhan dan larangan Allah SWT. Destinasi orang yang beriman adalah negeri akhirat. Yang diidamkan adalah kehidupan didalam syurga yang dijanjikan dan berusaha agar dihindari daripada azab api neraka.

• Cara hidup yang selamat adalah cara hidup beragama Islam. Semakin kuat kita berusaha melakukan ibadat dengan ikhlas pasti akan bertambah kuat iman seseorang itu. Sehingga hatinya mendapat cahaya ehsan.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809