Ustaz Dr Nizam 121024

Kuliah Subuh

• Isu seorang yang solat dibelakang Imam yg bermazhab berbeza. Ada yang melarangnya. Tetapi pendapat ramai ulama' muktabar membolehkan.

• Ahli sunnah Waljamaah berpegang kepada menegak sunnah dan menjauhkan diri  daripada melakukan bidaah.

• Sunnah Rasulullah SAW adalah:
   - Perkataan
   - Perbuatan
   - Perakuan
   Baginda Rasulullah SAW

• Isu semasa solat berjemaah, iman solat duduk.
  - Imam Shafie berpegang dengan pandangan yang jika imam duduk maka makmum hendaklah solat berdiri seperti biasa.
  - Ada hadis menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyatakan bahawa jika imam duduk makmum mengikut imam ia itu duduk.
  - Tetapi Hadis tersebut walaupun sohih tetapi terbatal, kerana apabila Baginda sakit. Dia solat duduk, para sahabat semuanya bersiri.

• Rasulullah SAW pernah jama' solat zuhur dan asar tanpa uzur syarie. Tetapi hanya sekali sahaja. Oleh kerana perkara ini hanya sekali dilakukan tanpa berulang bukanlah satu sunnah.

• Rasulullah SAW apabila dia minum, selalunya dia duduk. Ada riwayat yang menyatakan baginda pernah minum berdiri. Isunya adalah minum berdiri itu sunnah atau tidak. Oleh perkara itu tidak berulang maka perkara itu bukanlah sunnah.

• Wassalam.
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809