Tuesday, November 9, 2010

Ustaz Tajuddin 091010

Kuliah Subuh

• Tujuh golongan manusia yang di beri perlindungan dihari mahsyar.

- pemimpin- pemimpin yang adil. Iaitu pemimpin yang menjalankan hukum Allah swt.

- Remaja yang hidup didalam peribadatan kepada Allah swt.

- Lelaki yang hatinya kasih kepada masjid.

- Dua orang lelaki yang bersahabat kerana Allah swt.

- Seorang lelaki yang sihat diajak oleh saorang perempuan yang cantik untuk melakukan maksiat. Lelaki tersebut menolak kerana takut kepada Allah swt.

- Sesaorang yang merahsiakan sedekahnya. Saolah-olah tangan kanan bersedekah tanpa diketahui oleh tangan kiri.

- Lelaki yang bersendirian mengingati akan Allah swt. Berlinang air mata nya kerana takut kepada Allah swt diatas segala dosa yang telah dilakukan.

Wassalam



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Mohd Adhzar 190910

Kuliah maghrib

• Solat didalam Islam merupakan ibadah yang besar implikasinya. Bagaikan satu yang tinggi nilainya.

• Cara sesaorang itu mengerjakan solatnya itu merupakan betapa ia menilaikan hubungannya dengan Allah SWT. Dan begitu jugalah betapa tingkatan penghambaannya kepada tuhannya.

• Mengingati Allah SWT itu akan mendatangi perasaan yang tenteram didalam hati. Hakikat kebahgiaan didalam hidup didalam dunia yang fana ini adalah keadaan hamba yang sentiasa mengingati AllaH SWT.

• Apabila seorang hamba itu mengingati Allah SWT maka hakikatnya Allah SWT mengingatinya dengan berganda-ganda.

• Apa sahaja yang dilakukan oleh sesaorang hamba hendaklah ia melakukan kerana ingin mendapat keredhaan Allah SWT. Ia didalam keadaan sedar akan kebesaran dan keagungan Allah SWT.

• Tingkatan yang tinggi iman sesaorang hamba itu adalah ia melakukan amalan kerana patuh akan suruhan atau larangan Allah SWT. Dan dia semata-mata melakukan kerana inginkan keredhaan Allah SWT.

• Berzikir merupakan satu amalan yang baik. Kerana dengan berzikir sesaorang itu akan sentiasa mengingati Allah SWT.

• Apabila jiwa sentiasa mengingati Allah SWT akan dapat menerima segala apa jua ujian Allah SWT didalam hidup kita.

Wassalam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Shamsuddin 101010

Kuliah Subuh

¤ Diyat bagi kesalahan yang berat adalah 100 ekor unta. Kesalahan yang dikenakan diyat;
- pembunuhan serupa dengan sengaja.
- pembunuhan dengan sengaja yang dimaafkan oleh waris.

¤ Diyat itu ditentukan oleh hakim.

¤ Seorang yang membunuh dengan sengaja. Disabit kesalahannya serta mendapat keampunan daripada waris. Para hakim akan menjalankan hukum takzir.

¤ Orang yang melakukan kesalahan ringan. Jika mendapat hukuman diyat 'ringan' setelah diberi kemaafan daripada waris.

¤ Hakim juga menentukan cara membayar diyat.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Rusmaidi 171010

Kuliah Maghrib

• Allah SWT memberi hidayah untuk membuka pintu hati sesaorang untuk menerima Islam.

• Mengikut imam Al Ghazali hidayah itu perlu diberi pengisian bagi memantapkan Islam sesaorang itu.

• ILMU merupakan langkah pertama. Mempunyai tiga cabang :
- Ilmu tauhid
Melingkupi sifat dua puluh Illahi. Terpecah kepada empat bahagian.

- Ilmu Syariat
Merupakan ibadat khusus dann tidak khusus serta hukumnya. Sama ada wajib, sunat, makruh, haram dan harus.

- Ilmu tasawuf
Amalan hati yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Supaya timbul perasaan kasih dan sayang kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi segala perkara.

• Bertaubat kepada Allah SWT. Mempunyai dua cabang.

- Berdosa kepada Allah SWT
Kerana cuai kepada perintah Allah SWT. Dan kerana cuai daripada larangan Allah SWT. Syarat bertaubat
¤ Menyesal dengan bersungguh
¤ Tidak akan tinggalkan lagi
¤ berazam tidak mengulangi

- Bersalah sesama manusia
Perlu memohon maaf dan meminta dihalalkan.

Wassalam




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Kamaruddin 301010

Kuliah maghrib

• Ibadah yang dijalankan hendaklah dilakukan dengan ikhlas. Ambillah teladan daripada kisah qabil dan Habil, anak Nabi Adam R.A.

• Berwaspada akan penipuan syaitan yang selalu mengganggu manusia semasa menjalankan ibadah. Dirasuk untuk manusia melakukan perkara ria'

• Sebaik baik amalan adalah kita menginfaqkan harta yang kita kasehi.

• Allah SWT tidak membebani hambanya dengan sesuatu yang ia tidak mampu menyerjakannya.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Ghazali Hasbullah 311010

Kuliah Maghrib

• Alam ini dan suku sukunya adalah baharu. Ia juga berubah ubah.

• Hakikat ini menunjjukkan bahawa hukum dunia itu bukan hukum yang kekal. Samalah seperti alam ini. Hanya hukum Allah SWT itulah yang kekal.

• Hukum Allah SWT termaktub didalam Al Quran dan Sunnah. Sesiapa yang engkar kepada hukum Allah SWT itu hukumnya berdosa.

Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Abd Halim 241010

Kuliah Suboh

• Binatang tunggangan itu mempunyai haknya. Hendaklah tuannya menjaga hal-ehwal minum dan makannya. Kesihatan binatang itu perlu diberi perhatian.

• Semasa didalam musafir, orang mukmin dilarang bermalam dikawasan binatang melalu lintas. Dan dikawasan berkumpul binatang. Seperti dikawasan tadahan air, tempat minum binatang.

• Semasa bermusafir, Rasulullah SAW tidur dengan cara yang dia mudah bangun. Terutama didalam sembahyang. Berbaring sebelah kanan dan menghadapi kiblat.

• Disunatkan musafir diwaktu malam. Terutama waktu mendekati subuh.

• Cara berpisah-pisah ketika sampai ditempat berhenti semasa bermusafir mengikut satu hadis yang sohih adalah cara syaitan.

• Orang mukmin semasa bermusafir hendaklah menunggang binatang tunggangan dengan cara yang baik. Serta menjaga binatang tersebut dengan baik.

• Semasa didalam perjalanan orang mukmin perlu menjaga adab ketika hendak melepas hajat kecil atau besar.

Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Ustaz Uda Kassim sedang memberi khutbah di Masjid Al Huda, Seksyen 19, Shah Alam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 29, 2010

Ustaz Haslin 290810

Tazkirah Ramadhan

• Pada satu hari para sahabat mendengar Rasulullah SAW mengucapkan amin apabila menaiki tangga mimbar. Tiga kali menyebut demikian.

• Amin yang pertama, Jibril menyatakan celakalah ramai manusia yang masuk didalam bulan Ramadhan berdosa tetapi keluar pun berdosa.

• Amin kedua, Jibril menyatakan celakalah umat yang masih mempunyai ibu bapa tetapi tidak mengendahkan mereka.

• Amin ketiga, Jibril menyatakan celakalah umat Muhammad SAW yang tidak berselawat kepada baginda apabila namanya disebut.

• Dibulan Ramadhan Allah SWT membuka pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan diikat.

•Rasulullah SAW dimalam sepuluh terakhir beriktikaf didalam masjid. Maka para ulama menggalakkan ummah supaya beriktikaf pada waktu tersebut.

• Didalam sepuluh malam terakhirlah digalakkan mencari malam lailatul kadar. Para sahabat berusaha bersungguh sungguh mencari malam tersebut.

• Diakhir Ramadhan juga digalakkan memberi infaq kepada orang yang memerlukan.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Tajudin 210810

Kuliah Subuh

• Puasa adalah satu ibadah yang telah di syariatkan kepada umat yang terdahulu lagi. Sebelum daripada zaman Nabi Muhammad lagi.

• Puasa ini diwajibkan kepada manusia mudah mudahan mereka menjadi lebih bertakwa.

• Orang yang bertaqwa telah dihuraikan definisinya didalam banyak ayat-ayat Al Quraan.

• Ramai orang yang berpuasa tidak mengikut landasan agama. Maka apa yang mereka dapat hanyalah lapar dan dahaga. Puasa mereka tidak menjadikan mereka lebih bertakwa.

• Pada mereka yang menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai madrasah/ universiti dimana didikan daripadanya diamalkan pada bulan- bulan yang akan datang. Dimana kesan berpuasa membentuk dirinya menjadi manusia yang lebih baik. Lebih bertakwa.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 28, 2010

Ustaz Jefri 280810

Kuliah Subuh

• Kalau manusia tahu akan apakah ganjaran yang terdapat didalam bulan Ramadhan, maka pasti mereka inginkan nya seluruh tahun.

• Allah SWT melipat gandakan fadhilat pahala dibulan Ramadhan.

• Mengerjakan ibadah fardu digandakan pahalanya 70 kali.

• Ibadah sunnat yang dikerjakan sama pahalanya dengan ibadah fardhu.

• Selangkah menuju ketempat menuntut ilmu, sama pahalanya dengan amalannya sepanjang tahun.

• Ganjaran kepada orang yang mengerjakan solat berjemaah, Allah SWT menganugerahkan satu bandar disyurga.

• Orang yang berbuat baik kepada kedua orang ibu-bapa nya, Allah SWT memandangnya dengan padangan RAHMAT.

• Isteri yang taat kepada suami dibulan Ramadhan, Allah SWT samakan gelaran Aisiyah dan Maryam.

• Orang yang memenuhi satu hajat kepada orang lain dibulan Ramadhan, saperti anak-anak yatim dan orang miskin. Allah SWT akan menggandakan hajat kepadanya 1000 kali ganda.

• Membaca Al Quraan satu ayat dibulan Ramadhan, Allah SWT samakan fadhilatnya dengan menghatam seluruh Al Quraan.

• Maka kesempatan ini hendaklah digunakan untuk menambah amalan, seperti:

- Bersembahyang jemaah
- Menyerjakan solat sunnat
- Banyakkan baca Al Quraan
- Memperbanyakkan Istighfar
- Memohon dijauhkan kemurkaan Allah SWT
- Melipat ganda menuntut ilmu

• Bermuhasabah diri akan kualiti amalan kita dibulan Ramadan. Kalau kurang maka hendaklah digandakan usaha mengerjakan amalan dihari-hari yang berbaki lagi dibulan Ramadhan ini. Terutama disepuluh malam terakhir.

Wassalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 15, 2010

Ustaz Uthman Hamzah 130810

Tazkirah Ramadhan

• Bulan Ramathan ini adalah bulan Al Quran, pertunjuk kepada manusia.

• Didalam Al Quran, Allah SWT menyuruh kita menyembahnya. Allah SWT adalah yang menciptakan kita termasuk ruh.

• Allah SWT juga mengajak manusia memasuki agama NYA dengan keseluruhannya.

• Hidup kita hendaklah mengikut agama Allah SWT. Jika kita mengikut adat, maka perlulah adat itu tunduk kepada agama.

• Dibulan Ramadhan kita melatih diri daripada tidak mengerjakan perkara yang keji.

Wassalam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Shamsuddin 080810

Kuliah Subuh

Bab hukum diyat

• Dikenakan hukum diyat kepada mereka saperti berikut:
- Orang yang dihukum serupa dengan sengaja membunuh

- Orang yang dihukum sengaja membunuh tetapi dimaafkan waris. Maka hendaklah dia membayar diyat.

- Sesiapa yang membunuh dengan tidak sengaja. Hukumnya adalah memerdekakan saorang hamba dan membayar pampasan kepada waris simati (Diyat), kecuali dimaafkan oleh waris.

- Jika membunuh seorang kafir yang memusuhi nya dengan tidak sengaja maka diwajibkan membayar kifarat sahaja. Membebaskan saorang hamba.

- Jika membunuh seorang kafir yang zimmi, dengan tidak sengaja maka diwajibkan membayar kifarat dengan membebaskan seorang hamba dan juga membayar diyat kepada warisnya.

- Jika tidak dapat membebaskan seorang hamba. Maka wajib dia berpuasa dua bulan berturut- turut.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Ghazali Omar 030810

Kuliah Maghrib

• Manusia hendaklah bersyukur akan nikmat yang Allah SWT telah anugerahkan kepadanya.

• Ada yang dianegerahkan kelebihan daripada seorang yang lain. Allah SWT memilih kepada sesiapa sahaja yang DIA kehendaki.

• Ada yang dikurniakan anak. Tetapi ramai juga yang tidak menikmati kurnian anak pinak. Ini semua adalah kehendak Allah SWT.

•Ilmu juga merupakan nikmat yang dianugerahkan Allah SWT kepada umatNYA. Maka haruslah bersyukur dengan anugerah Allah SWT.

• Ilmu merupakan cahaya didalam kehidupan. Bersyukurlah kepada Allah SWT yang telah memberi kita pertunjjuk dan taufiq hidayah. Dengan ilmu tersebut kita dapat mencari jalan yang lurus. Malah jika tidak diberikan ilmu maka jahillah kita.

• Maka haruslah kita bertaubat daripada melakukan dosa. Takutlah kepada hari akhirat. Yang sungguh dahsyat kejadiannya.

• Maka apa nikmat yang dianugerahkan Allah SWT didunia ini haruslah disyukuri semoga memperolihi pahala dan dihindarkan daripada melakukan dosa.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 1, 2010

Ustaz Razali 290710

Kuliah Maghrib

• Orang- orang munafik dizaman Rasulullah SAW datang juga ke masjid. Mereka juga menghadhiri majlis ilmu. Tetapi mereka faham Islam ini cukup berlainan. Tidak bersungguh- sungguh. Dudukpun dimajlis ilmu dengan cara bersantai, saperti kayu yang menyandar.

• Orang munafik tersebut didalam Al Quraan menyatakan mereka dihari akhirat tempat mereka dineraka yang bawah.

• Amalan orang munafik ini ditolak oleh Allah SWT. Mereka akan dihumban kedalam neraka bersama-sama orang kafirun.

• Walaupun orang munafik ini beramal dengan ibadah saperti sembahyang dan puasa. Tetapi apabila dibaca tentang hukum Allah SWT mereka menolak. Penolakkan mereka dapat dilihat dengan zahir. 'Body Language' mereka dapat dibaca dengan terang.

• Orang yang beriman mendengar dan menerima akan perintah Allah SWT dan Rasullah SAW. Manakala orang munafik dengar tapi ingkar.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Naim 231126

Kuliah Maghrib https://www.facebook.com/share/v/1Kg7uGBzgD/ ☪️ Seorang mukmin hendaklah fokus kepada kehidupan dan apa yang hen...