Posts

Ustaz Rahmatullah 210114

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang beriman Mempunyai ilmu aqidah yang mantap Keyakinan terhadap aqidah Islam akan membentuk ahlaq yang baik Justera ia akan membentuk keperibadian yang cantik Ia merupakan manusia yang dipercayai Cakapnya diambil pakai Orang ramai mempercayai Bila diminta beri pandangan, ia memberi dengan bersungguh...serius Orang yang yakin akan aqidahnya Tidak akan berputus asa dengan rahmat Allah SAW Yakin yang dia pasti mencapai kejayaan selagi dia yakin akan pertolongan ALLAH SWT Akan berkerjasama dengan orang yang beriman yang lain untuk menegak hukum Allah SWT Tetapi dia bertegas kepada perkara yang bertentangan dengan Quran dan Hadith Kekuatan Aqidah Mereka ini akan bersusah payah untuk menegak akan Islam Dia akan menegur dengan jujur Tidak ragu ragu Berpegang tegoh dengan Al Quran dan Hadith Tidak takut akan tindakan balas Menghilangkan rasa takut terhadap manusia atau boss- boss. Melakukan sesuatu kerana menghendaki keredhaan Allah SWT Yakin ba...

Ustaz Dato' Nahrawi 200114

Kuliah Maghrib Orang yang berjuang untuk Islam Bantuan Allah SWT pasti datang Kejayaan  didunia dan diakhirat Orang yang hendak melakukan kerja kerja agama perlulah.. Tidak meninggal perkara yang fardhu, terutama fardhu ain Kuat melakukan perkara yang sunat Juga tidak membuang masa Musuh orang mukmin adalah hawa nafsu. Sabda Rasulullah SAW: Neraka itu didindingi dengan perkara perkara keinginan hawa nafsu. Menundukan hawa nafsu dengan memperbanyakkan ibadat Ketika dibulan Ramadhan. Terutama sekali diakhir Ramadhan Bersolat tahajud Memperbanyakkan sujud Wassalam Sent from Evernote

Ustaz Azman 190114

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang mengerjakan solat itu beebagai. Ada yang baik, tidak kurang yang lalai. Solat orang jahil Mengerjakan solat tanpa ilmu Tidak juga mahu mempelajarinya Amalannya didalam solat ditolak Solat tersebut itu tidak mendatangkan apa apa kebaikkan Solat orang yang lalai Mempunyai ilmu yang cukup Tetapi apabila didalam solat fikirannya tidak fokus langsung akan perbuatan dan bacaannya Tidak mendapat ganjaran malah akan ditempatkan didalam neraka wail Ada juga mereka yang ketika solat terlalai...tetapi ia kembali fokus. Orang ini mungkin mendapat keampunan Allah SWT Solat bukan kerana Allah SWT Solat yg menunjuk-nunjuk Solat kerana hendak menjaga hati orang lain Solat kerana terpaksa kerana malu dengan manusia yang lain Solat orang bermujahadah Orang yang khusyu' didalam solatnya Solat orang soleh Orang yang khusyu' Menghayati apa yang dibaca Solat seorang wali Allah Kefahaman dan penghayatan ketika bersolat Merasa kenikmatan solat Solat p...

Ustaz Jefri 180114

Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Sifat dusta adalah daripada syaitan. Maka bagi orang mukmin haram baginya berdusta. Bagi orang Islam bersikap benar dan jujur adalah tuntutan agama. Orang sidiqin adalah ahli syurga. Semasa hidupnya didunia ia mempunyai sifat jujur. Tingkatan yang lebih tinggi didalam syurga adalah mereka yang memelihara akan silaturrahim. Tingkatan yang tertinggi didalam syurga adalah mereka semasa didunia ini mempunyai akhlaq yang murni. Benteng bagi orang beriman daripada godaan syaitan adalah : Masjid Jangan jadikan masjid seperti pasar Bercakap benar semasa didalam masjid Bergegas kemasjid apabila azan berkumandang Zikrullah Para ulama menggalak mukmin berzikir selepas solat Memperbanyakkan membaca Quran Orang yang tidak jujur adalah dari kalangan orang yang rendah akhlaqnya. Bersikap benar itu adalah satu kebajikan. Setiap kebajikan ganjarannya adalah Syurga. Sikap berdusta merupakan satu kezaliman. Satu perbuatan jahat yang ganjarannya adalah neraka... G...

Ustaz Dato' Nizam 261113

Ustaz Dato' Nizam 261113 Ustaz Dato' Nizam 261113 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Allah SWT mengingati manusia Allah SWT melihati akan kesihatan kamu Berfikirlah apa yang dapat dilakukan oleh manusia dengan kesihatan yang dianugerahkan Allah SWT Sebelum kesihatan tersebut ditarik balik... Manusia tidak terlepas daripada dosa Musuh orang Mukmin Orang yang benci kepada agama Islam Orang yang hasad dan dengki Orang kafir yang tidak suka kepada kejayaan orang Islam Syaitan Memujuk manusia supaya suka kepada perkara yang mungkar dan tidak suka kepada perkara yang baik Hawa nafsu memujuk manusia suka kepada sesuatu hingga ia lalai Suka orang lelaki akan wanita Sukanya wanita akan emas dan hiasan Sukakan anak Suka kepada tanam tanaman Suka kepada binatang pemeliharaan Suka kepada kenderaan (kuda) Berhias Allah SWT tidak memerlukan kepada manusia. Sebal...

Ustaz Irwan Shah 141213

Ustaz Irwan Shah 141213 Ustaz Irwan Shah 141213 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Didalam surah Mu'minun, Allah berfirman yang bermaksud... Surah Mu'minun ayat 14: Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. Ayat 15: Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. Ayat 16: Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat. Musibah bagi anak Adam... Usia semakin kurang setiap waktu Kalau dapat melihat apa yang terjadi kepada didalam kubur... Nescaya manusia akan gelisah Akan penuhlah semua masjid Didalam dunia ini manusia bersedih kerana hi...

Ustaz Redzuan Kelantan 281213

Ustaz Redzuan Kelantan 281213 Ustaz Redzuan Kelantan 281213 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda, Shah Alam Selangor Majlis ilmu merupakan satu tempat yang dimuliakan Allah SWT menghantar para malaikat bersama didalam majlis ini Para malaikat akan mendoakan kesejahteraan kepada ahli jemaah didalam majlis ilmu Masa hadapan manusia.... Perlu diberi perhatian oleh setiap insan Bukan sahaja perlu diberi penekanan hidup didalam dunia ini sahaja Tetapi juga kehidupan selepas kematian kita Hidup selepas mati Merupakan satu kehidupan yang akan dilalui oleh semua manusia apabila sampai masanya Bagi orang yang membawa balik amalan soleh yang banyak maka mati merupakan kenikmatan Tetapi bagi orang yang membawa balik tanpa amalan yang banyak, maksiat yang banyak Kehidupan selepas matinya akan menjadi satu kesiksaan Persiapan untuk menghadapi kehidupan selepas mati Perlu keazaman untuk membawa balik sebanyak amalan so...