Posts

Ustaz Nazri 230315

Kuliah Maghrib Masjid  Al Huda Shah Alam Ramai orang yang beriman diwaktu pagi tetapi kafir diwaktu petang. Begitulah ada yang beriman diwaktu petang tetapi kafir diwaktu pagi. Hukum agama Islam itu untuk semua mukmin. Tidak kira kedudukkan mereka. Hukum itu juga hendak dijalankan semuanya. Bukan pilih memilih. Seakan hukum Allah SWT itu boleh dinego... Islam merupakan agama yang adil. Untuk membersihkan umatnya daripada perkara yang jijik. Seperti rasuah, judi, arak, zina, bunuh, mencuri, merompak dan lain lainnya. Manusia tidak layak untuk mengubahkan hukum Allah SWT Wassalam Sent from my iPad

Ustaz Jefri 210315

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Manusia harus peka akan kejadiannya. Daripada alam rahim hinggalah kepada alam akhirat. Bahawa roh sesaorang itu berpindah dari satu alam kepada alam yang lain. Didunia ini Allah SWT memasukkan roh itu kedalam jasadnya. Buat sementara waktu hingga ia berpindah kealam yang lain. Jadi jasad itu dijadikan untuk kegunaan roh semasa didunia ini.  Buat sementara waktu sahaja. Jasad dan harta benda merupakan fizikal yang sementara. Untuk berbakti kepada roh. Mengikut kehendak Allah SWT. Hakikat ini senang bagi orang yang beriman, tetapi susah dimengerti oleh orang yang tidak yakin dengan janji Allah SWT. Nafsu itu makanan jasad. Walhal roh makananya adalah beribadah kepada Allah SWT sebanyak mungkin sebagai bekalan dialam akhirat.  Jadi nafsu itu sentiasa berkonflik dengan roh. Nafsu syahwat merupakan peperangan yang berterusan. Jasad merasa nikmat apab...

Ustaz Shamsuddin 210315

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang beriman hendaklah sentiasa bersyukur kepada nikmat yang dianugerahi Allah SWT Nikmat yang paling istimewa adalah hidayah memeluk agamaNYA iaitu ISLAM Nikmat yang telah dianugerahi itu jika tidak disyukuri maka Allah SWT akan menariknya semula. Terutama perkara yang melibatkan hukum Orang yang beriman mengetahui bahawa segala apa yang dinikmatinya didalam dunia ini adalah diatas kehendak Allah SWT.   Termasuk segala nikmat beragama dengan syariat serta segala ajarannya yang memberi cahaya didalam kehidupan ini. Nikmat pertunjuk didalam ajaran agama Islam adalah membawa kita daripada hidup didalam kegelapan jiwa kepada nur iman. Saidina Omar Abdul Aziz menyarankan kita menyebutkan nikmat yang dianugerahi Allah SWT. Kerana dengan menyebut akan nikmat tersebut akan menimbul kesyukuran didalam hati. Kesyukuran akan nikmat yang diterima tidak boleh dih...

Ahmad Zahir Mokhtar shared a note with you in Evernote

Image
Ahmad Zahir Mokhtar shared a note with you. ...

Evernote:Ustaz Nizam UIA 070315

Image
Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Setiap orang yang beriman hendaklah menjaga daripada... Kedekut Hawa Nafsu Ujub Perasaan ujub akan membawa kita berlaku sombong Malah sifat sombong ini akan membawa kepada perbalahan Kadang mereka yang melakukan sedemikian adalah golongan yang berilmu Maka perlulah ada sifat merendah diri diantara dua pihak yang berbalah Daripada sifat ujub akan juga kepada sifat takkabur Iblis enggan mamatuhi perintah Allah SWT untuk menghormati Nabi Adam kerana ia sangka ia lebih mulia daripada Nabi Adam Orang yang beriman jangan memperlekehkan perintah Allah SWT seperti perbuatan iblis Hendaklah sesaorang hamba itu menyatakan aku dengar dan taat akan perintah Allah SWT Tidak masuk syurga sesiapa yang ada didalam dirinya sifat takabur walaupun  sebesar biji sawi Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Shahril 250215

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Majlis Ilmu Sesiapa yang keluar menuju kemajlis ilmu,  Allah SWT akan memudahkan ia memasuki syurga Mempercepatkan  mengerjakan solat Menjadi satu ketetapan bagi orang yang beriman Bagi mereka yang suka melambat lambatkan mendirikan solatnya maka para ulama' menyatakan seperti saorang munafik Begitu juga dengan mereka yang membaca surah secara cepat sekali. Bersolatlah mengikut cara Rasulullah SAW mengerjakannya Jaga tertibnya Bersolat dengan khusyuk Sesiapa yang lalai maka jadilah ia seperti saorang yang zalim Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Jefri 210215

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang memohon keampunan serta bertaubat adalah manusia yang terbaik Rasulullah SAW walaupun dia seorang yang ma'som juga beristighfar 70 kali sehari. Malah ada riwayat yang mengatakan 100 kali. Orang yang beriman apabila dia melakukan dosa dengan segera memohon ampun dan bertaubat. Sekiranya ia selalu melakukan dosa maka lambat laun hatinya akan menjadi keras. Ada yang merasa bangga apabila dia melakukan perkara maksiat Hatinya akan menjadi keras daripada batu Dosa itu membuatnya tidak suka membaca Al Quraan Al Quraan sudah tidak lagi menapak didalam hatinya. Hati yang keras juga akan membuat sesaorang itu cintakan dunia Cintakan dunia melebihi segalanya walaupun Al Quraan menyatakan bahawa akhirat itu lah yang lebih bai Orang yang keras hatinya juga disebabkan makan yang berlebihan Kelaparan akan membuat hati lebih lunak.  Mata hati juga tajam Roh akan meningkatkan derianya apabila ia didalam kelaparan Satu lagi faktor yang merosakkan h...