Posts

Ustaz Dato' Nizam 270224

Kuliah Maghrib • Nikmat Allah SWT kepada orang yang beriman adalah dengan akhlak yang baik dan terpuji. Sebaliknya orang yang zalim mereka berakhlak yang buruk. • Manusia adalah ciptaan yang terbaik yang dijadikan Allah SWT. Manusia mempunyai akal, roh, jasad, nafsu, hati. • Akal manusia meningkat dalam perjalanan masa. Ada peningkatan setiap hari dan tahun. • Dengan roh dan jasad yang ada manusia dapat usaha berbagai-bagai cirinya. Ada yang berniaga. Ada yang bertukang dan sebagainya. Orang yang beriman akan melakukan kebaikan dan kebajikan dengan kudrat yang ada. • Orang yang beriman mereka dapat mengawal nafsu. Keberkatan berpuasa di bulan Ramadhan adalah madrasah untuk memandu nafsu manusia. • Allah SWT melihat hati hambaNYA. Sama ada melakukan ibadah dengan ikhlas. Orang yang beriman mereka mempunyai hati yang sentiasa mengingati Allah SWT. Serta melakukan ibadah dengan ikhlas. • Manusia yang beriman dianugerahkan Allah SWT dengan akhlak yang baik. Dengan anugerah tersebut masyara...

Ustaz Abdul Halim 250224

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/v/hmcQMqSd4w8kkxv4/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Suhaimi 240224

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/v/N3EwpUFQ8oQh9AvY/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Haslam 200224

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. • Orang yang soleh menghabiskan masa didalam ketaatan kepada perintah Allah SWT. • Orang yang telah berusia melebihi 40 tahun yang masih melakukan perkara-perkara terlarang, melebihi daripada ketaatan kepada Allah SWT, maka ia menunjukkan dirinya kepada neraka. • Jika orang itu mencapai empat puluh tahun umurnya, dia masih melakukan maksiat, maka dia akan terus melakukan perbuatan itu. • Imam- imam yang masyhur menganjurkan orang yang beriman melakukan solat tahajud. • Orang yang soleh mereka tidak dipengaruhi oleh kehidupan dunia. Tidak hirau untuk meninggalkan dunia ini. Tetapi mereka merasa susah hati memikirkan kehidupan selepas mati. Bagaimana kehidupan didalam barzakh kelak. • Untuk senang bangun melakukan solat tahajjud.    - jangan makan terlalu banyak sebelum tidur    - jangan melakukan pekerjaan yang akan meletihkan diri.    - jangan melakukan perkara yang berdosa • Wassalam. ...

Ustaz Dato' Nahrawi 190224

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman mereka hendaklah berlumba lumba dengan soal akhirat. Semoga membawa keberkatan. • Berlumba-lumba agar mendapat keberkatan di akhirat nanti.    - kerja kebajikan    - berbuat baik dengan makhluk - { خِتَٰمُهُۥ مِسۡكٞۚ وَفِي ذَٰلِكَ فَلۡيَتَنَافَسِ ٱلۡمُتَنَٰفِسُونَ } [Surah Al-Muṭaffifīn: 26] Abdullah Muhammad Basmeih: Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan; • Allah SWT dan Rasulullah SAW suka kepada mereka yang berlemah lembut sesama manusia. • Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. • { ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ } [Surah Āli-ʿImrān: 134] Abdullah Muhammad Basmeih: Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan or...

Ustaz Azman 180224

Kuliah Subuh • Daripada Syaddad Aus, Rasulullah SAW bersabda: Orang bijak adalah mereka bermuhasabah dirinya sendiri dan beramal untuk kehidupan selepas kematian. (Hadis riwayat Tirmizi) • Orang yang pandai mengurus dirinya didalam alam fana ini. • Setelah berada didalam fana ini manusia perlu melalui alam barzakh sebelum menuju ke alam akhirat. • Alam fana ini waktunya singkat. Tetapi alam barzakh itu lama waktunya. • لَعَلِّيْٓ اَعْمَلُ صَالِحًا فِيْمَا تَرَكْتُ كَلَّاۗ اِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَاۤىِٕلُهَاۗ وَمِنْ وَّرَاۤىِٕهِمْ بَرْزَخٌ اِلٰى يَوْمِ يُبْعَثُوْنَ 100 Surah Mukminun ayat 100. agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan." Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu adalah dalih yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan. •Dari Abu Hurairah Radliyallaahu'anhu, Rasulullah ﷺ bersabda: إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذ...

Ustaz Shamsuddin 170224

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/v/vwiwoBqfsArppKf3/?mibextid=qi2Omg •  Para wali mengenal Allah SWT ( Ma'rifat ) ada dua cara atau jalan.     - Majzuhun     - Salikin • Proses mengenal Allah SWT    - zat Allah SWT    - sifat Allah SWT    - asma' Allah SWT    - mengenal alam • Golongan Salikin mereka mengenal Allah SWT dengan cara mengenal alam kemudian naik keatas hingga mengenal zat Allah SWT. • Sebaliknya pihak Majzuhun mereka mengenal Allah SWT dari mengenal zat NYA kebawah hingga mengenal alam. • Golongan Majzuhun mereka mengenal Allah SWT secara dianugerahkan NYA. Secara ditarik oleh NYA. • Wassalam