Ustaz Sabidin 160209
Kuliah maghrib.
Mencapai cinta Allah SWT adalah dengan mendekati diri dengan Al Quran. Memegang teguh dengan ajaran yang terkandung didalamnya.
Sesiapa yang berpegang kuat kepada Al Quran ia tidaklah daripada golongan yang rugi. Sesiapa yang meninggalkannya maka akan disempitkan kehidupan ini. Malah diakhirat nanti Allah SWT tidak akan memperdulikannya.
Orang yang berpaling daripada Al Quran adalah kerana mereka terlalu menginginkan kehidupan didunia yang fana' ini.
Orang yang memegang teguh dengan Al Quran adalah orang yang zuhud. Ia itu tidak mempunyai rasa cinta dengan dunia.
Al Quran diturunkan Allah SWT untuk menjadi pertunjjuk bagi manusia. Serta memperjelaskan perkara- perkara yang hak dan yang bathil. Di dalam segala aspek kehidupan didunia ini. Merupakan perkara asas didalam menjadi seorang yang beriman.
Orang yang mencintai Al Quran pasti akan mencintai Allah SWT. Sebesar mana kita mencintai Al Quran sebegitulah cintanya kepada Allah SWT.
Akhir kata...