Wakil Hamas telah memberi tazkirah dan khutbah diMasjid Subang Airport. Mendedahkan kekuatan semangat pejuang dan penduduk GAZA. Mereka rela mati syahid daripada menjadi hamba Yahudi... Allahu Akbar!!!
Kuliah Maghrib ✓ Rasulullah SAW mengesyorkan para sahabat melakukan solat malam di rumah masing masing. Ini kerana baginda kuwatir yang solat malam ini akan diwajibkan. ✓ Tetapi apabila sahabat melakukan nya di rumah masing masing didapati ramai yang kurang bersemangat dilakukan. Maka baginda memanggil para sahabat untuk menceritakan akan kelebihan solat malam. ✓ Selepas itu para sahabat pun tekun melakukannya. Baginda menyatakan bahawa solat malam yang elok sekali adalah yang berdiri lama. Baginda membaca ayat Quran dengan panjang dan perlahan-lahan. ✓ Isteri Rasulullah SAW bernama Zainab berdiri dengan lama apabila solat diwaktu malam. Kerana terlalu mengantuk beliau berpaut dengan seutas tali yang diikat ditiang masjid. ✓ Setelah Baginda melihat perbuatan tersebut maka disuruh para sahabat melepaskan ikatan tali tersebut. Disarankan semasa solat berdirilah dengan keadaan yang selesa. Untuk mengekal tenaga untuk bersolat malam adalah dengan tidur sekejap diwaktu siang sebelum Zuhur. ...
Kuliah Subuh Bab hukum hudud; mencuri • Yang dibolehkan menghadapi hukum hudud bagi orang yang mencuri adalah apabila jumlah barang yang dicuri itu bersamaan dengan 4.45 gm atau 1/4 Dinar. • Mencuri yang tidak dikenakan hukum hudud; 1) Mencuri secara khianat. Saperti orang yang memecah amanah. Hukum perbuatannya itu tetap haram, dan dihukum dengan hukum takzir. 2) Orang yang menipu. 3) Mengambil harta orang lain secara paksa. Tidak dikerat tangan, tetapi dikenakan hukuman yang lebih berat. 4) Menyambar barangan orang lain secara lalu. Saperti meragut, menyeluk saku. Boleh ditafsirkan saperti diatas. 5) Mengambil buah didahannya kerana terlalu lapar. Wajib digantikan dengan nilai secukupnya. Jika mengambil buah yang telah dipetik maka jika cukup nilainya maka wajib dihukum hudud. • Tersabit kesalahan mencuri dengan beberapa cara. 1) Penyakuan orang yang mencuri 2) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil. Yang dituduh boleh menolaknya dengan bersumpah didalam mahkamah. • Pencuri ter...
Kuliah Maghrib • Dalam Islam, nafsu merujuk kepada keinginan dalaman manusia yang boleh mendorong kepada kebaikan atau keburukan, bergantung kepada bagaimana ia dikawal dan dibimbing. Islam tidak menolak kewujudan nafsu, tetapi menekankan pengurusan dan penyucian nafsu agar ia selari dengan kehendak Allah SWT. 1. Jenis-Jenis Nafsu Dalam Islam Ulama tasawuf membahagikan nafsu kepada beberapa peringkat: a. Nafsu Ammarah (النفس الأمارة بالسوء) – Nafsu yang menyuruh kepada kejahatan Nafsu paling rendah. Dikuasai oleh syahwat dan bisikan syaitan. Contoh: dorongan untuk berzina, mencuri, menipu. Firman Allah: "Sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh kepada kejahatan..." (Surah Yusuf: 53) b. Nafsu Lawwamah (النفس اللوامة) – Nafsu yang mencela diri Sudah mula sedar dan menyesal apabila melakukan dosa. Hati mula ingin bertaubat dan memperbaiki diri. Firman Allah: "Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang banyak menyesali (dirinya sendiri)." (Surah al-Qiyamah: 2) c. Nafsu Mutma'...
Comments