Ustaz Abdul Halim 280609
Kuliah Subuh
• Allah SWT menghendaki umat mukmin menjaga segala hukum- hukum agama. Supaya syiar Islam sentiasa suci dan mulia.
• Sekiranya kita menjaga agama Allah SWT maka DIA akan menjaga kesejahteraan diri dan keluarga kita. Akan selalu didoakan oleh para malaikat.
• Bagi sesiapa yang konsisten didalam kerja agama maka Allah SWT akan memberikan satu keperibadian yang teguh didalam agama.
• Saorang imam disarankan supaya bersederhana didalam memilih surat ketika solat berjemaah. Kerana kemungkinan didalam saf jemaah terdapat orang- orang yang uzur, kanak- kanak, orang yang mempunyai hal yang segera. Perkara sedemikian juga dita'rifkan sebagai menjaga agama.
• Menyimpan dan membuat patung dan apa yang bersangkut paut dengan nya, dilarang oleh agama. Membersihkan diri dan masyarakat daripada patung itu tergolong daripada amalan yang menjaga agama.
• Menjalankan hukum Allah SWT juga termasuk didalam perbuatan yang menjaga agama. Nescaya Allah SWT akan menganuger...