Ustaz Taib Azimuddin 030609
Kuliah Maghrib
Perkara yang haram didalam Islam itu adalah yang benda dan perbuatan yang buruk. Tidak mungkin ada percampuran antara yang buruk dan yang baik; untuk membawa kepada kebajikan.
Janganlah ada didalam jiwa orang yang beriman sifat riak. Kerana sifat riak ini akan membawa kepada perkara yang buruk. Punca mengikut hawa nafsu adalah sifat riak.
Orang beriman harus menghitung amalanya dan dibandingkan dengan mereka yang lebih alim daripadanya. Berusaha untuk mengikuti jejak langkah mereka didalam ibadah. Contohnya berapakah solat fardhu yang kita dirikan dengan berjemaah? Janganlah kita berlengah- lengah didalam beribadat. Adakah kita nak menunggu bila kita sudah mati barulah jasad kita dibawa kedalam masjid. Walhal semasa hidup tidak pernah melangkah kaki untuk mendirikan solat berjemaah didalam masjid.
Adalah perbuatan yang baik jika orang yang beriman selalu beristighfar. Sebaik baiknya dijadikan sebagai tabiat berzikir selepas solat. Supaya tidak terlupa beristighfar setiap watu selepas solat.
Nabi SAW pernah bersabda yang maksudnya, manusia dilahirkan berperingkat.
•Peringkat pertama; lahir mukmin; hidup mukmin; mati mukmin.
•Peringkat kedua; lahir kafir, hidup kafir, mati kafir
•Peringkat ketiga, lahir mukmin, hidup mukmin, mati kafir
•Peringkat keempat; lahir kafir; hidup kafir; mati mukmin
Sebagai orang yang beriman perlulah selalu bersangka baik kepada sesama manusia.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments