Ustaz Yussof 291109
Kuliah Subuh • Perbezaan pendapat itu perkara biasa didalam agama. Tetapi tidaklah boleh membawa perpecahan ummah. Ini dilarang oleh Islam. • Janganlah kamu bertengkar nanti kamu akan hilang kekuatan. • Fenomena ini sedang berlaku didalam dunia Islam. Malah didalam negara ini mula menular didalam masyarakat. • Adakah perkara ini terjadi dengan sendirinya? Atau adakah ia dikemudikan oleh golongan yang tidak senang dengan 'influence' agama Islam didalam masyarakat. • Perbezaan didalam soal akidah tidak di benarkan didalam Islam. Adab untuk berbeza pendapat perlu di ikuti oleh semua. • Perpecahan ummah dimasa dahulu bukanlah kerana ketandusan ilmu. Malah ilmu para ulama' nya begitu hebat sekali. Tetapi perpecahan terjadi kerana mereka yang berilmu telah salah guna kedudukkan didalam masyarakat. Membawa pengikut mereka berbalah kerana inginkan kuasa. Politik... • Ulama' yang besar didalam sejarah Islam begitu beradab sekali apabila hendak berbeza pendapat. Imam Shafie walau...