Ustaz Azman 151109

Kuliah Subuh

• Umat Islam
- umat yang terbaik
- menyerjakan amal ma'ruf
- mencegah kemungkaran

• Amal makruf nahi mungkar adalah satu kewajiban kepada umat Islam.

• Nahi mungkar perlu dijaga dengan tidak memberi ruang untuk terjadi kerosakkan.

• Diandaikan seperti api. Kalau nak memadamnya hendaklah daripada ia kecil. Kerana apabila ia sudah membesar susah untuk memadamnya.

• Berbagai masaalah sosial didalam masyarakat terjadi semasa ia kecil tidak diusahakan kerja pencegahan. Saperti mat rempit, berpakaian tidak menutup aurat, pergaulan bebas dan sebagainya.

• Ramai juga ibu-bapa yang terlalu percaya kepada anak remaja mereka. Tidak cukup pemantauan dan pengawasan. Mereka tidak sedar penipuan yang di lakukan oleh anak remajanya.

• Menunaikan amal makruf nahi mungkar itu adalah satu tuntutan agama. Maka perlu dilakukan kerana Allah SWT. Janganlah dijadikan perkara perkara itu sebagai isu untuk mempopularkan sesuatu agenda.

• Didalam zaman moden ini terdapat banyak sekali peluang untuk melakukan perkara mungkar. Maka pihak berkuasa perlu menjalankan amanah tugas mereka.

• Pihak yang ingin menegak amal makruf nahi mungkar perlulah terlebih dahulu mempraktiskan kehadap diri dan keluarganya dahulu.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Shamsuddin 090809