Ustaz Dahsuki 030211
Kuliyah Maghrib • Manusia terdiri daripada JASAD yang dianugerah Allah SWT beberapa bahagian yang juga diberi sesuatu untuk berkembang; - Badan diberi makanan dan minuman - Nyawa diberi udara O2 untuk terus hidup - Roh dijaga dengan petunjuk merupakan agama yang diajarkan • JASAD yang diberi Allah SWT akan luput apabila manusia itu mati. Apabila dibangunkan kembali diakhirat Allah SWT akan memberi JASAD yang baru. • ROH pula tetap sama. Dari alam dunia, kubur dan akhirat. Maka untuk selamat didunia, dikubur, diakhirat hendaklah dijagakan agama didalam diri sesaorang itu semasa didunia. Ibadah itu hanyalah wujud didunia sahaja. • Kedatangan Rasulullah SAW adalah untuk memberi amaran kepada manusia akan siksaan dialam kubur dan alam akhirat yang menunggu manusia yang ingkar kepada ajaran agama Islam. • Manusia yang sentiasa memikirkan akan kejadian didalam alam ini. Ingat akan kebesaran Allah SWT. Akur akan kejadian diakhirat, terutama hari Qiamat dan siksaan api neraka....