Ustaz Dahsuki 030211

Kuliyah Maghrib

• Manusia terdiri daripada JASAD yang dianugerah Allah SWT beberapa bahagian yang juga diberi sesuatu untuk berkembang;

- Badan diberi makanan dan minuman

- Nyawa diberi udara O2 untuk terus hidup

- Roh dijaga dengan petunjuk merupakan agama yang diajarkan

• JASAD yang diberi Allah SWT akan luput apabila manusia itu mati. Apabila dibangunkan kembali diakhirat Allah SWT akan memberi JASAD yang baru.

• ROH pula tetap sama. Dari alam dunia, kubur dan akhirat. Maka untuk selamat didunia, dikubur, diakhirat hendaklah dijagakan agama didalam diri sesaorang itu semasa didunia. Ibadah itu hanyalah wujud didunia sahaja.

• Kedatangan Rasulullah SAW adalah untuk memberi amaran kepada manusia akan siksaan dialam kubur dan alam akhirat yang menunggu manusia yang ingkar kepada ajaran agama Islam.

• Manusia yang sentiasa memikirkan akan kejadian didalam alam ini. Ingat akan kebesaran Allah SWT. Akur akan kejadian diakhirat, terutama hari Qiamat dan siksaan api neraka...Merasa gerun dan takut kepada kekuasaan Allah SWT. Serta sentiasa memohon dan mengharap keampunan Allah SWT. Serta dijauhkan Allah SWT daripada siksaan akhirat serta diberi dengan RAHMATNYA akan syurga.

• Didalam Al Quran diturunkan Allah SWT dengan wahyu yang dibawa oleh Jibrail kepada Nabi Muhammad SAW peringatan akan pertemuan manusia dengan Allah SWT dihari akhirat. Ajaran yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW.

• Orang yang kafir akan ayat ayat Al Quran akan menerima balasan didunia lagi. Keadaan mereka dapat dilihat oleh manusia yang lain. Bagaimana Allah SWT menghancurkan orang orang kafir.

Wassalam


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809