Ustaz Azman 160521
Kuliah Subuh • Hati itu tempat pandangan Allah SWT. • Hati yang sakit membawa kesan yang cukup negatif kepada seseorang. • Kesan hati yang bermasalah... • Tidak merasa bersalah bila tinggal solat tanpa ada alasan syarie. Tidak malu kepada Allah SWT. • Melakukan dosa besar tanpa segan silu. Hatinya rasa biasa-biasa sahaja. Maka macamana pula dengan dosa kecil? Sekira dosa besar tidak merasa bersalah dosa kecil itu macam biasa sahaja. Maka kesan kepada generasi akan datang. • Masyarakat juga menerima begitu sahaja tanpa ditegur. Contoh orang ramai tidak menutup aurat. Perlakuan itu adalah berdosa. Tetapi perkara itu macam biasa sahaja. • Hati yang sakit tidak tersentuh dengan ajaran didalam Al Quran. Hati tidak rasa gentar apabila membaca ayat-ayat yang mengancam dengan siksaan api neraka. Tidak merasa insaf akan dosa-dosa yang dilakukan. Hati langsung tidak tersentuh. • Apabila melihat saudara seislam dianiayai hati mereka rasa biasa-biasa sahaja. Diberitakan yang rakyat ...