Ustaz Haslin 020521

Kuliah Ramadhan

• Dibulan Ramadhan ini Allah SWT merantai iblis dan syaitan. Melainkan syaitan diantara manusia dan jin.

• Setengah ulama mentafsir yang iblis dan syaitan dirantai adalah dibulan Ramadhan susah bagi musuh Allah SWT menghasut. Kerana ramai orang orang beriman banyak beribadat.

• Doa orang-orang yang berpuasa dimakbulkan, terutama waktu dekat berbuka puasa.

• Dibulan Ramadhan ini orang yang beriman perlulah bermuhasabahkan diri sendiri. Adakah kita orang yang bertakwa. Atau adakah kita tergolong daripada mereka yang  Baginda SAW menyatakan paling malang ada orang yang di bulan Ramadhan berlalu tapi mereka tidak mendapat keampunan.

• Solat tarawih adalah satu ibadah yang istimewa di bulan Ramadhan sahaja. Jangan abaikan rahmat yang Allah SWT anugerahkan.

• Di bulan Ramadhan ini juga digalakkan orang yang beriman membaca Al Quran. Rahmat kepada umat manusia. Diturunkan Al Quran di bulan yang mulia ini.

• Memperbanyakkan sedekah kepada orang-orang yang susah. Terutama para keluarga. Bulan Ramadhan ini bulan sedekah.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914