Ustaz Hafizullah 240623
Kuliah Maghrib • Bagi orang yang beriman yang mencari ilmu. Hidangan yang istimewa bagi akal sesaorang yang belajar adalah kefahaman. • Digalakkan seseorang yang menimba ilmu agama berdoa kepada Allah SWT agar diberi kefahaman didalam beragama. • Didalam sesuatu ilmu yang sudah diketahui oleh sesaorang yang beriman, perlulah dia berusaha untuk mendalami lagi ilmu tersebut. Agar kefahaman dia akan bertambah. "Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang". • Setiap manusia dibina atas jasad dan roh. Roh itu wujud lebih lama daripada jasad. Rahsia dan hal ehwal roh ini adalah kehendak Allah SWT. • Roh juga perlu disuburi oleh keimanan. Sekiranya roh itu rosak maka rosaklah iman dan akhlak sesaorang itu. • Untuk membina roh yang mulia hendaklah berilmu. Ilmu untuk mensucikan roh sesaorang adalah ilmu tasawwuf. Wajib dipelajari oleh semua orang mukmin. Fardhu Ain. • Roh yang mulia henda...