Ustaz Hafiz Ibrahim 310823
Kuliah Maghrib • Rasulullah SAW bersabda: إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنَ النَّاسِ، فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَلْيَدْفَعْ فِي نَحْرِهِ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ، فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ Maksudnya: "Jika salah seorang daripada kalian bersolat dalam keadaan mengadap sutrah yang boleh menghalangi manusia, lalu ada orang yang ingin melintasi hadapannya, hendaklah dia menahannya. Dan jika dia enggan juga, hendaklah dia diperangi (yakni ditolak dengan keras) kerana dia adalah syaitan (yakni bersamanya syaitan)." Riwayat Muslim • Apabila bersolat ditempat awam, seperti masjid, perlulah ada sutrah. • Begitu juga jangan sesaorang itu melintasi dihadapan orang yang sedang bersolat. • Dinding, tiang juga boleh dijadikan sutrah. Garisan saf juga dibolehkan. • Jika tidak ada sutrah maka tidaklah mendapat pahala sunnah. • Doa masuk masjid... اَللّٰهُمَّ افْتَحْ لِيْ اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ Maksudnya: Ya Allah bukakanlah untukku, pintu rahmat-M...