Ustaz Hassan Basri 020823

Kuliah Maghrib

• Rasulullah SAW suka 10 hari akhir Ramadhan, 10 hari awal bulan Zulhijjah dan 10 hari awal Ramadhan.

• Daripada Abi Hurairah RA bahasanya Rasulullah SAW bersabda "Bersegeralah kamu mengerjakan amal-amal yang soleh, kerana akan berlaku fitnah seperti malam yang sangat gelita. Di dalam keadaan itu terdapat orang yang di sebelah paginya mukmin dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya) sebelah petang dia mukmin dan sebelah pagi kafir dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia yang sedikit.
(Riwayat Bukhari)

• Amal soleh hendaklah dilakukan dengan ikhlas. Dengan mengikut cara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

• Fitnah berlaku dengan sebab syubhah. Kerana tidak pasti hukum sesuatu amalan. Berkemungkinan sesaorang itu tidak cukup ilmu didalam sesuatu perkara.

• Biasanya ramai orang mukmin pasti hukum mengenai perkara ibadah. Tetapi didalam bab muamalat ramai yang cuai.

• Fitnah juga didalam hal syahwat. Rasulullah SAW menyatakan didalam bab ini satu perkara iaitu fitnah wanita.

• Dizaman moden ini fitnah syahwat juga berlaku didalam sosial media. Malah didalam media sosial juga membabitkan keikhlasan amalan seseorang.

• Para sahabat pernah melihat Rasulullah SAW selepas solat dia bergegas keluar untuk kerumah salah satu isteri Baginda.

• Baginda bersegera kerana ada sesuatu perkara yang mengganggu ibadatnya. Ada amanah yang perlu dilakukan. Ada harta yang berupa emas ataupun perak yang perlu diberi kepada sahabat Baginda untuk diagihkan.

• Wassalam.


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914