Ustaz Ghazali Omar 301023
Kuliah Maghrib • Bangun solat malam adalah satu amalan yang digalakkan • Dirikanlah solat Qiamullail dengan bersungguh sungguh. Sambil berdoalah kepada Allah SWT dengan sepenuh hati. • Berdoa dengan doa yang terdapat didalam Al-Quran dan Hadith adalah yang terbaik. Tetapi tidaklah salah jika berdoa dengan bahasa yang kita faham. Asalkan datang dari hati yang ikhlas. • Rasulullah SAW bersabda: "Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya." (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya) • Disarankan apabila selesai solat malam berdoa dan beristighfar. • Kelazatan mengerjakan solat Qiamullail melebihi daripada ibadah yang lain. Kerana jika sesaorang itu melakukan ibadah kerana keinginan hatinya yang ikhlas. • Dan bangun...