Ustaz Azman 190611

Ustaz Azman 190611
Kuliah Subuh

1. Keperluan menuntut ILMU didalam ISLAM
- Fardhu A'in
- Fardhu Khifayah

2. Sesaorang mukmin perlu memahami kedudukan ilmu yang hendak dipelajari. Apa keutamaan sesuatu ilmu itu. Apa yang perlu didahulukan hendaklah didahulukan. Tidaklah dituntut untuk mempelajari semua ilmu dengan serentak. Setiap ilmu haruslah difahami dengan sebenarnya.

3. Ilmu didalam ISLAM janganlah hanya dengan mengikut-ikut. Setiap orang mukmin wajib memahami ilmu, terutama ilmu fardhu ain. Contohnya sesaorang yang hendak mengerjakan ibadat haji, dia tidak boleh ikut- ikut sahaja. Kerana apabila ditanah suci kelak akan bercelaru jika dia tidak berilmu. Berkemungkinan hajinya tidak sah.

4. Setiap perbuatan didalam beribadat hendaklah difahaminya. Tahu akan nas- nas sumber hukum dan pergerakkan didalam ibadah. Ramai masyarakat hari ini beribadat tanpa ilmu. Berzikir didalam gelap sambil berdiri. Ada yang berzikir dengan meletak gambar guru mereka dihadapan, kerana mengharap tuan guru dapat bersama sama mereka. Kejahilan tersebut akan mendapat dosa dan mungkin merosakkkan akidah.

5. Melakukan ibadah itu jika dijalankan dengan tertib akan menerima ganjaran pahala, Insyaallah. Tetapi jika tidak berilmu, apabila melakukan ibadat dia tidak tahu akan terjatuhnya haram dan terbatal akan ibadah tersebut. Kerana kejahilan sesaorang berkemungkinan melakukan maksiat tanpa diketahuinya. Inilah pentingnya beribadat dengan kefahaman ilmu dengan nyata.

6. Perubahan atau pembaharuan didalam beribadat itu secara logiknya adalah sesuatu yang baik. Tetapi jika tanpa berlandaskan ilmu dengan nas-nas yang berlandaskan Al Quraan dan Hadith maka berkemungkinan melakukan perbuatan haram, berdosa.

7. Kejahilan didalam ilmu agama akan lebih serious lagi jika yang jahil itu saorang pemimpin. Rosak agama didalam satu keluarga jika memimpin tanpa berlandaskan ilmu agama. Begitulah juga didalam satu organisasi dan masyarakat. Didalam ISLAM pemimpin masyarakat perlulah mempunyai ilmu didalam hal ehwal pemerintahan. Keadilan dan kebajikan raayat perlu diberi perhatian didalam konteks yang bernaskan Al Quraan dan Hadith.

8. Ilmu yang cukup akan membuahkan kemanisan beribadat.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914