Dr Hapizi 140511

Dr Hapizi 140511
Kuliah Maghrib

1. Kesedihan akan apa yang berlaku di Negara kita
- Fitnah berluasa
- Mengapikan sentimen perkauman dan keagamaan

2. Umat Islam sepatutnya
- tidak melatah
- berfikiran waras
- menunjukkaan akhlaq yang baik

3. Hukum Qazaf
- orang yang menuduh orang lain berzina
- tanpa membawa empat orang saksi
- disebat lapan puluh kali
- tidak diterima kesaksian selama lamnya

4. Usul ayat Al Quran yang menjatuhkan hukum Qazaf
- kerana peristiwa fitnah yang dibuat oleh orang munafiq
- keatas isteri Rasulullah SAW, Saidina Aisyah

5. "Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata". (An-Nur 012)

"Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta".

"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -(An-Nur 014)

6. Kisah fitnah terhadap Mahsuri
- keluarganya berasal daripada negeri Siam
- bapanya mulanya miskin, tetapi rezeki bertambah setelah lahirnya Mahsuri
- Mahsuri berkahwin, semasa mengandung suaminya pergi berperang
- Mahsuri ditudung berlaku sumbang dengn seorang lelaki bernama Deramang
- dijatuhkan hukum bunuh tanpa pengadilan
- mati dan ditanam di Langkawi

7. Fitnah boleh dikekang
- kembali kepada Islam
- melaksanakan hukum didalam Al Quraan.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914