Ustaz Dr Syihabuddin 090611

Ustaz Dr Syihabuddin 090611
Kuliah Maghrib

1. Berbuat baik kepada kedua orang ibu bapa
- Semasa mereka masih hidup lagi
- Selepas mereka meninggal dunia

2. Allah SWT menitik berat adab mentaati kedua orang ibu bapa. Kemurkaan ibu bapa membawa murkanya Allah SWT kepada anak anak. Keredhaan kedua ibu bapa akan membawa keredhaan Allah SWT.

3. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan 'uuh' dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Israk ayat 23-24).

3. Adab kepada kedua orang ibu bapa yang masih hidup
i) Wajib mentaati selagi mana mereka masih hidup, selagi mereka tidak bercanggah dengan Allah SWT dan Rasullullah SAW. Hukumnya WAJIB.
ii) Ihsan kepada kedua ibu bapa. Tingkah laku yang baik terhadap mereka. Merendahkan bahu kamu apabila kamu lalu dihadapan mereka.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914