Ustaz Ali 100511

Ustaz Ali 100511
Kuliah Maghrib

1. Penghuni neraka itu adalah terdiri daripada kaum kafir dan juga kaum mukminin. Mereka adalah manusia yang engkar kepada hukum Allah SWT.

2. Orang yang bertaqwa pula akan mendapat ganjaran syurga. Bagaimanakah keadaan hidup disyurga?

3. Didalam syurga penghuninya diberikan Allah SWT keadaan mereka berusia muda. Dalam linkungan umur tiga puluhan sahaja.

4. Dihiasi syurga itu dengan berbagai warna. Terdapat tujuh puluh warna. Kalau nak dibandingkan dengan warna didunia susah nak dibayangkan!

5. Teman wanita disurga itu jika ditunjukkan lengannya akan kelihatan bercahaya. Terang menerang keadaan sekelilikng.

6. Keadaan disyurga itu bersih suci. Manusia disitu tidak ada keinginan untuk membuang air. Malah mereka sentiasa berbau wangi.

7. Di syurga juga ada sejenis pohon yang dinamakan tuba. Abu Hurairah berkata: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil "tuba" dan Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah untuk hambaKu apa-apa yang mereka kehendaki." Maka keluarlah kuda dengan kekang serta pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan dikeluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian." (Riwayat Ibnu Abid Dunya).

Ibnu Hibban meriwayatkan Hadis daripada Abu Said yang menceritakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah tuba itu?" Baginda menjawab: "Ialah sebatang pohon yang sangat rindang. Rindangnya sejauh 100 tahun perjalanan, (manakala) pakaian-pakaian penghuni syurga adalah daripada kelopak-kelopaknya."

Keistimewaan pohon-pohon di syurga ini semua umbi-umbinya diciptakan Allah daripada emas. Adapun pohon bidara di syurga itu bercabang-cabang. Setiap cabangnya mengeluarkan sebiji buah, kemudian dari buah ini keluar pula 72 jenis makanan yang berlainan.

8. Thuba ialah pohon di syurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah di syurga, di dalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar, sehingga bila seorang ingin burung dapat memanggilnya dan segera jatuh di ata meja makannya dan dapat makan di sayap yang sebelah berupa dinding dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang kembali.

9. Dari Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Rombongan pertama akan masuk syurga dari umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang di langit kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas, dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914