My idea : Ustaz Masrizal 140113

Ustaz Masrizal 140113
Ustaz Masrizal 140113
  • Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam
    • Selamat datang Rabiul Awal
      • Bulan yang mulia
        • Bulan kelahiran junjungan besar Saidina Muhammad SAW
          • Atau bulan yang dipanggil bulan Maulid Nabi
          • Sambutan maulid nabi...
            • Perayaan Maulid Nabi diperkirakan pertama kali diperkenalkan oleh Abu Said al-Qakburi, seorang gubernur Irbil, di Irak pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193). Adapula yang berpendapat bahwa idenya justru berasal dari Sultan Salahuddin sendiri. Tujuannya adalah untuk membangkitkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, serta meningkatkan semangat juang kaum muslimin saat itu, yang sedang terlibat dalam Perang Salib melawan pasukan Kristen Eropa dalam upaya memperebutkan kota Yerusalem dan sekitarnya.
              • Surah Al Khafi
                  • Menceritakan
                    • Pemuda yang tidur didalam gua selama beberapa ratus tahun
                      • Kisah pelajaran Nabi Musa AS daripada Nabi Khidir RA
                        • Kisah Nabi Zulkarnain
                      • Surah Al Kahfi ayat 6
                        • Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
                          • Ayat 6 seakan-akan ayat teguran. Allah S.W.T berbicara dengan Rasulullah s.a.w yang sedang kesedihan kerana kaumnya mendustakan al Quran, menolak hidayah dan memilih jalan yang membawa mereka pada kebinasaan. Allah berfirman kepada Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
                            • Maksudnya mengapa engkau hendak membunuh dirimu kerana sedih dan berdukacita terhadap mereka yang tidak beriman pada al Quran. Memang sepatutnya kamu tidak wajar bersedih dan berdukacita terhadap mereka. Biarkan mereka begitu, kerana Kami telah menjadikan semua keindahan dan kenikmatan yang ada di atas bumi ini, termasuk harta kekayan dan anak –anak sebagai ujian dan cubaan, siapakah di antara mereka dan penghuni-penghuni nya yang melakukan amalan-amalan yang baik di dunia ini. Mereka wajar menerima nikmat dunia dan wajar pula menerima nikmat di akhirat kelak.
                        • Surah Al Kahfi ayat 7
                          • Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
                            • Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui siapakah mereka? Allah tetap akan membalas setiap perbuatan dan amalan yang telah dilakukan oleh para hamba Nya dalam kehidupan dunia ini. Al Quran tidak menyebut apa-apa tentang mereka yang tidak mengerjakan amalan-amalan yang baik kerana pengertian itu dapat difahami dengan jelas melalui ungkapan "li nabluwa hum aiyuhum ahsanu amalan".
                              • Penyudah bagi keindahan dan perhiasan dunia telah pun ditetapkan. Bumi akan menjadi kosong, semua penghuninya akan hancur dan binasa. Bumi akan jadi tandus, gersang, keras dan kering kontang menjelang hari Qiamat.
                          • Surah Al Kahfi ayat 8
                            • Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
                          • Surah Al Kahfi ayat 9
                            • Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
                            • Wassalam
                              

                              Comments

                              Popular posts from this blog

                              Ustaz Ghazali Omar 020912

                              Ustaz Shamsuddin 090809

                              Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914