Ustaz Ghazali Omar 050113

Ustaz Ghazali Omar 050113
Ustaz Ghazali Omar 050113
  • Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda
    • Orang yang beriman lidahnya dibasahi dengan bersyukur kepada Allah SWT
      • Serta berzikir dengan berterusan...
        • Agar dirinya sentiasa tenang dan damai
          • Jauhi daripada sifat yang keji
          • Sabda Rasulullah SAW akan orang yang dibangkitkan diakhirat muflis
            • " Orang yang muflis dalam kalangan umat ku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, zikit, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama juga dia membawa dosa memaki hamun, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan di ambil pahalanya (si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Sekiranya telah habis pahalanya diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si muflis. Lalu dihumbankan ke dalam neraka." –Riwayat Abu Hurairah-
            • Maka hendaklah orang yang beriman lidahnya dibelakang akalnya
              • Supaya tidak menyesal dihari kemudian kelak
                • Untuk itu Imam Hasan Al-Bashri mengemukakan, "Lidah orang berakal itu terletak dibelakang akalnya. Jika ia hendak berkata, dipikirkannya lebih dulu. Kalau perkataan itu kira-kira bakal bermanfaat baginya, ia akan mengucapkannya. Kalau dirasakannya akan membahayakan dirinya, ia memilih diam. Sedangkan hati orang yang dungu terletak dibelakang lidahnya. Jika ia mau berkata, langsung saja diucapkannya."
                • Ilmu yang berguna..
                  • "Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." - Surah Al-Baqarah [2] : 269
                  • Wassalam

                    Comments

                    Popular posts from this blog

                    Ustaz Ghazali Omar 020912

                    Ustaz Shamsuddin 090809

                    Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914