Ustaz Yussuf 060113

Ustaz Yussuf 060113
Ustaz Yussuf 060113
  • Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam
    • Menghadapi perubahan didalam dunia hari ini cukup mencabar orang orang yang beriman
      • Dua golongan manusia yang perlu melakukan tugas mereka dengan amanah
        • Para ulama yang mempunyai ilmu agama yang tinggi serta mereka sentiasa beramal soleh
          • Para pemimpin yang bertangung jawab serta mempunyai sifat amanah
          • Negara akan menjadi satu tempat dimana keadilan akan wujud untuk semua mengikut neraca Islam
            • Pemimpin yang bijaksana, mentadbir negara dengan baik dan efektif
              • Ulama yang memberi nasihat serta menegur akan para pemimpin supaya mencapai keadilan dan keberkatan
                • Teguran mereka diperlukan supaya para pemimpin tidak dipengaruhi oleh manusia yang tidak berniat baik
                  • Supaya negara terhindar daripada perbuatan yang buruk. Seperti rasuah dan sebagainya
                    • Teguran itu perlulah jelas. Ulama tidak perlu takut.
                  • Seorang ulama' bernama Thawus telah menegor gabenor yang bernama Hisyam ditanah suci Mekah
                    • Ulama tersebut bernama Thawus al Yamani. Secara ceria dan santai, Thawus telah mengadap Gabenor Hisyam yang ketika itu sedang duduk ditakhta yang berhamparan permaidani merah yang sanagt mewah. Thawus telah menanggalkan seliparnya lalu memijak permaidani berkenaan dan menyapa Gabenor dengan selamba, "Assalamualaikum, apa khabarmu Hisyam?" dan terus duduk disebelah Gabenor.
                      • Sikap Thawus telah menimbulkan kemarahan Gabenor Hisyam kerana dia merasakan Thawus telah memperlekehkan dirinya sebagai seorang Gabenor, dengan menanggalkan seliparnya berdekatan permaidani mewahnya, selain hanya mengucap salam biasa tanpa sebarang salam kebesaran. Selain dari itu, Thawus telah memanggilnya dengan nama Hisyam, tanpa gelaran.
                        • "Wahai Hisyam. Aku telah menanggalkan seliparku sepertimana aku juga telah menanggalkan seliparku 5 kali sehari demi melakukan solat dan Allah pun tidak marah dan murka atas perbuatanku itu. Mengapa kau sebagai hamba Allah harus marah?" "Aku tidak menyembah takzim kepadamu dengan kata-kata Amirul mukminin kerana tidak semua orang senang atas kepimpinanmu. Untuk itu, aku tidak mahu berbohong!" "Aku memanggil namamu tanpa gelar kebesaran kerana para kekasih Allah disebut didalam Al-Quran hanya sebagai Ya Isa, Ya Daud, Ya Ibrahim, Ya Muhammad sedangkan kepada musuh-musuh Allah, Allah telah memanggil dengan sebutan gelaran seperti 'Abu Lahab'." "Aku duduk disampingmu kerana aku pernah mendengar Saidina Ali pernah berkata, 'Kalau kau ingin melihat calon penghuni neraka, maka lihatlah orang yang duduk sementara orang sekitarnya berdiri."
                          • Mengikut cara Islam, para ulama harus berterus terang dengan para pemimpin.
                            • Sekiranya para ulama bersekonkol didalam melakukan kemungkaran, merupakan situasi yang tidak harus berlaku.
                              • Sekiranya pemimpin berlaku yang bersalahan dengan hukum syara' maka para ulama' lah yang perlu menegur .
                                • Mereka mempunyai ilmu yang tinggi jika dibandingkan dengan orang awam
                                • Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. Surah An Nisaa' Ayat 59
                                • Wassalam

                                  Comments

                                  Popular posts from this blog

                                  Ustaz Ghazali Omar 020912

                                  Ustaz Shamsuddin 090809

                                  Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914