Posts

My idea : Ustaz Zawari 301412

Ustaz Zawari 301412 Ustaz Zawari 301412 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Agama disisi Allah SWT hanyalah ISLAM Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Surah Al-Maidah, Ayat 3) Cara hidup yang diterima oleh Allah SWT hanyalah cara hidup yang telah ditentulah oleh Allah SWT Firman Allah Ta'ala:"Sesungguhnya agama yang diterima Allah adalah Islam" (Ali-Imran 3 : 18). Allah SWT telah menentukan bahawa orang mukmin menerima Islam secara sepenuhnya Dalil pokok dalam hal ini ialah firman Allah dalam Surah al Baqarah ayat 208 Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan memang musuh kamu yang nyata. Melantik pegawai awam yang memahami ISLAM Berpaling daripada agama Islam adalah punca masaalah masy...

My idea : Ustaz Zaid 270412

Ustaz Zaid 270412 Ustaz Zaid 270412 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Orang beriman hendaklah bersedia Menghadapi mati Bersihkan hati agar diterima Allah SWT Hari Akhirat itu adalah satu kepastian Ramai orang masih tidak yakin akan kedatangan hari akhirat Mereka melakukan maksiat dengan selamba sahaja. Telah menjadi lumrah melakukan perbuatan yang buruk Iman mereka sudah hilang... Yakinkah mereka dengan syurga... Ramai yang menganggap dunia ini syurga Sanggup melakukan apa sahaja hanya untuk mendapat kesenangan didunia ini Walhal Allah SWT telah berjanji kesenangan yang tidak dapat digambarkan oleh manusia... Sebagai ganjaran kepada orang yang beriman dan yang beramal soleh Bagi mereka yang yakin dengan hari qiamat... Ibadahnya bersungguh Ikhlas melakukan ibadah tersebut hanya untuk mendapat keredhaan Allah SWT Lillahi Ta'alla Berusaha untuk beramal hinggalah keliang l...

Ustaz Amran Yussof 260412

Ustaz Amran Yussof 260412 Ustaz Amran Yussof 260412 Kuliah Maghrib Ustaz membicarakan tentang solat Daripada kitab yang dituliskan oleh: Dr. Professor Sheikh Wahbah Zuhayli  Ketika sujud... Janganlah turun seperti unta, turun tangan dahulu sebelum lutut Ada lagi satu hadis yang menyatakan turun lutut dahulu sebelum tangan. Pandangan ini lebih digemari oleh para ulama' Kedua- dua pandangan ini diterima akan kesohehan nas nas hadisnya Jari- jari kedua belah tangan diarahkan kehadapan menghadap qiblat ketika sujud didalam solat. Jari- jari pula dirapatkan Baginda Rasulullah SAW meletakkan wajahnya diantara kedua belah tangannya Ketika bersujud kedua belah tangan tidak boleh ditutupi .oleh apa apa pakaian ...sikunya diangkat sedikit Apabila kamu sujud, letakkanlah kedua telapak tanganmu dan angkatlah kedua sikumu Lafaz doa ketika sujud Yang bermaksud... "Mahasuci Tuhan Yang Mahatinggi".  Memba...

Ustaz Nizam (R) 240412

Ustaz Nizam (R) 240412 Ustaz Nizam (R) 240412 Kuliah Maghrib Nabi Sulaiman AS adalah seorang raja yang berkuasa serta kaya Tetapi imannya tetap kuat Tunduk dan takut kepada Allah SWT Nabi Yusuf AS seorang nabi yang mempunyai rupa paras yang cukup segak Dia menghadapi berbagai ujian didalam hidup Tetapi imannya kepada Allah SWT tetap kuat dan teguh. Baginda tetap bersabar menghadapi ujian daripada Allah SWT Nabi Isa AS merupakan seorang nabi yang miskin Tetap teguh Baginda beriman dengan Allah SWT Kemiskinan tidak menghalang baginda menjalankan kerja dakwah Takutlah kepada Allah SWT dengan takut dengan sebenar- benarnya Diakhir zaman ini, para sahabat Rasulullah SAW adalah contoh yang baik orang yang takut kepada Allah SWT Mereka takut didalam semua segi Sedia menerima apa jua teguran. Serta memperbaiki diri mereka denagan segera. Wassalam l>

Ustaz Abdul Halim 210412

Ustaz Abdul Halim 210412 Ustaz Abdul Halim 210412 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Sesiapa yang menziarahi Masjidil Haram ataupun Masjidil Nabi di Madinah ataupun Masjidil Aqsa... Sekiranya ia mati maka matinya sama dengan mati SYAHID Ganjaran pahala bersolat didalam masjid tersebut berganda-ganda. Ganda pahala dimasjidil haram adalah 100 ribu, masjidil nabawi 1000 kali, masjidil aqsa 500 kali. Hendaklah ikhlas didalam menjalankan ibadah kepada Allah SWT Semasa di Mekah ataupun Masjid Nabawi rajin mengerjakan solat berjemaah. Tetapi kembali ketanah air sudah tidak kelihatan didalam masjid. Kenapa begitu? Tidak dibolehkan sesaorang yang beriman memohon akan kematian. Hendaklah dia berdoa agar Allah SWT merahmati hidupnya didunia dan diakhirat Sesiapa yang mengingati akan Allah SWT Maka Allah SWT akan mengingati dia... Sekiranya dia mengingati Allah SWT dikhalayak ramai, maka Allah SWT juga mengingatinya dikhalayak ramai Diberkatinya akan apa...

Ustaz Shamsuddin 200412

Ustaz Shamsuddin 200412 Ustaz Shamsuddin 200412 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Mata hati Bagaimana terbuka mata hati menuju kepada Allah SWT Kecintaan kepada dunia terlalu kuat perlu dibuang Jauhkan diri daripada dikongkong oleh syahwat Teguhkan jiwa daripada kelalaian didalam mengingati Allah SWT Bertaubat kepada Allah SWT Kecintaan kepada dunia Menghalang sesaorang memperolehi mata hati yang selalu mengingati Allah SWT Kegelapan hati didalam mengingati akhirat kerana sesaorang itu visi nya hanyalah kepada hal hal keduniaan sahaja. Tidak di imbangi dengan merenung akan kejadian dihari akhirat kelak Orang yang beriman walaupun hidup didunia ini tetapi hatinya tidak dipengaruhi oleh kecintaan kepada dunia Nafsu Syahwat menjauhkan diri daripada mencintai Allah SWT Apabila sesaorang itu dikawal oleh hawa nafsunya maka sukar baginya untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT secara konsistent Hawa nafsu syahwat ini lebih bisa daripada gigitan ...

My idea : Ustaz Nizam 190412

Ustaz Nizam 190412 Ustaz Nizam 190412 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Dosa sesaorang itu tidak akan dipikul oleh seorang yang lain Seorang anak zina, tidak akan memikul dosa ibu bapa biological nya Bagaimana dengan 'Baby Hatch' ? Sudut yang baik adalah dia menyelamat bayi tersebut daripada dibuang Dari sudut yang lain pula ianya seolah menggalak perbuatan maksiat Tetapi sekiranya mereka yang melakukan perbuatan tersebut mempunyai ilmu dan iman maka tidak berani melakukannya Ilmu itu penting Orang yang berilmu serta beramal dengan nya akan terselamat diakhirat Iman Abu Hanifah menyatakan bahawa mereka ini adalah WALI Allah SWT Tetapi sekiranya orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan nya maka akan jatuhlah dia kedalam neraka Diakhirat nanti orang yang berilmu akan disoal tentang amalannya Cara mendapat ILMU Memperbanyakkan membaca buku agama Buku yang berkualiti Berlandaskan hadis soheh dan Al Quran Bukan berland...