My idea : Ustaz Zawari 301412

Ustaz Zawari 301412
Ustaz Zawari 301412
  • Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam
    • Agama disisi Allah SWT hanyalah ISLAM
      • Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Surah Al-Maidah, Ayat 3)
      • Cara hidup yang diterima oleh Allah SWT hanyalah cara hidup yang telah ditentulah oleh Allah SWT
        • Firman Allah Ta'ala:"Sesungguhnya agama yang diterima Allah adalah Islam" (Ali-Imran 3 : 18).
        • Allah SWT telah menentukan bahawa orang mukmin menerima Islam secara sepenuhnya
          • Dalil pokok dalam hal ini ialah firman Allah dalam Surah al Baqarah ayat 208 Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan memang musuh kamu yang nyata.
            • Melantik pegawai awam yang memahami ISLAM
            • Berpaling daripada agama Islam adalah punca masaalah masyarakat
              • Allah berfirman, "Turunlah kamu berdua dari surga bersama-sama; sebagian kalian menjadi musuh bagi sebagian yang lain. Jika datang kepada kalian petunjuk dari-Ku, lalu siapa saja yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Siapa saja yang berpaling dari peringatan-Ku maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta. (QS Thaha [20]: 123-126).
              • Hak meletakkan hukum adalah mutlak kepada Allah SWT
                • Surah An'am ayat 57: Katakanlah: "Sesungguhnya aku berada di atas hujjah yang nyata (Al Quraan) dari Tuhanku, sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa (azab) yang kamu minta supaya disegerakan kedatangannya. Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia Pemberi keputusan yang paling baik".
                • Manusia umat Rasulullah SAW merupakan khalifah dimuka bumi ini
                  • Sekiranya berbantah maka kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah
                    • " Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) " Surah An-Nisaa' : 59 .
                    • Wassalam
                      1

                      Comments

                      Popular posts from this blog

                      Ustaz Ghazali Omar 020912

                      Ustaz Shamsuddin 090809

                      Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914