My idea : Ustaz Zaid 270412

Ustaz Zaid 270412
Ustaz Zaid 270412
  • Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam
    • Orang beriman hendaklah bersedia
      • Menghadapi mati
        • Bersihkan hati agar diterima Allah SWT
        • Hari Akhirat itu adalah satu kepastian
          • Ramai orang masih tidak yakin akan kedatangan hari akhirat
            • Mereka melakukan maksiat dengan selamba sahaja. Telah menjadi lumrah melakukan perbuatan yang buruk
              • Iman mereka sudah hilang...
              • Yakinkah mereka dengan syurga...
                • Ramai yang menganggap dunia ini syurga
                  • Sanggup melakukan apa sahaja hanya untuk mendapat kesenangan didunia ini
                    • Walhal Allah SWT telah berjanji kesenangan yang tidak dapat digambarkan oleh manusia...
                      • Sebagai ganjaran kepada orang yang beriman dan yang beramal soleh
                    • Bagi mereka yang yakin dengan hari qiamat...
                      • Ibadahnya bersungguh
                        • Ikhlas melakukan ibadah tersebut hanya untuk mendapat keredhaan Allah SWT
                          • Lillahi Ta'alla
                            • Berusaha untuk beramal hinggalah keliang lahat
                            • Berhati-hati daripada melakukan dosa
                              • Kerana dosa itu dapat menggugurkan pahala
                              • Tidak merasa kecewa didalam hidup ini
                                • Yakin bahawa dunia ini adalah sementara sahaja
                                  • Bahawa ganjaran diakhirat nanti berganda lebih daripada kesenangan didunia ini.
                                    • Janji Allah SWT itu tetap datang
                                  • Yakin Qadha' & Qadar
                                    • Ramai yang masih tidak jelas dengan konsep ini
                                      • Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani)
                                        • Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah SWT
                                        • Wassalam

                                          Comments

                                          Popular posts from this blog

                                          Ustaz Ghazali Omar 020912

                                          Ustaz Shamsuddin 090809

                                          Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914