Ustaz Rahmatullah 180412

Ustaz Rahmatullah 180412
Ustaz Rahmatullah 180412
  • Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam
    • Orang yang berusaha mempertingkatkan amalan Agama Islam
      • Akan menghadapi tentangan daripada...
        • Manusia sama ada orang Islam ataupun orang kafir
          • Tipu daya syaitan dan hawa nafsu
          • Tentangan daripada syaitan dan hawa nafsu merupakan cabaran yang paling hebat
            • Wajib bagi orang mukmin untuk melawan dengan syaitan
              • Kerana syaitan itu adalah musuh yang hakiki
                • Syaitan itu tidak puas selagi manusia itu sama sama jatuh kedalam kekafiran.
                  • ....sehingga manusia itu mati
                  • Syaitan berjanji kepada Allah SWT...
                    • Akan memenuhi api neraka dengan manusia bersama sama dengan nya
                      • Oleh kerana itu Allah SWT memperingatkan manusia bahawa syaitan itu adalah musuh manusia yang nyata
                        • Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaithan? Sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu" Yasin Ayat 60
                          • Sesungguhnya syaithan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu. Maka apakah kamu tidak memikirkan? Yasin ayat 62
                          • Syaitan juga memohon kepada Allah SWT supaya dipanjangkan umurnya sehingga hari qiamat
                            • Nikmat ini digunakan syaitan untuk menyesatkan umat manusia
                          • Syaitan menghasut manusia
                            • Daripada melakukan kebajikan
                              • Merosakkan aqidah dan keimanan manusia
                                • Ragukan terhadap agama Allah SWT, Agama Islam
                                • Mendorongkan manusia melakukan maksiat
                                  • Melemahkan semangat manusia untuk beribadat kepada Allah SWT
                                    • 2:268. Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan, dan menyuruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah menjanjikan kamu keampunan-Nya dan pemberian-Nya; dan Allah Merangkumi, Mengetahui. (syaitan larang memberi nafkah yang Tuhan janjikan keampunan dan pemberian-Nya; ia juga menyuruh membuat kesumbangan)
                                    • Pernah menyesatkan seorang pendita...
                                      • Pada suatu masa ada seorang pendita Bani Israil (amat kuat beribadah). Syaitan hendak merosakkannya lalu syaita merasuk seorang anak gadis (di kampung itu). Syaitan mengilhamkan kepada keluarganya bahawa anak gadis ini hanya boleh disembuhkan oleh pendeta tersebut sahaja. Keluarga anak gadis tersebut pun membawanya ke rumah pendeta. Pada mulanya pendeta enggan membenarkan gadis itu tinggal di rumahnya untuk berubat.
                                        • Pada mulanya pendeta enggan membenarkan gadis itu tinggal di rumahnya untuk berubat. Tetapi setelah didesak oleh keluarga anak gadis tersebut, ia pun bersetuju.Dalam tempoh berubat, syaitan telah berjaya memujuknya supaya mendekati anak gadis yang sakit itu. Akhirnya dengan godaan syaitan itu sampai bersetubuh dengan gadis itu sehingga hamil
                                          • Baik engkau bunuh saja perempuan itu, dan kalau keluarganya datang katakan ia sudah mati." Ia pun lantas menurut hasutan syaitan. Ia segera membunuh anak gadis tersebut dan menanam mayatnya. Setelah itu syaitan pergi menimbulkan rasa syak dan ragu kepada keluarga gadis. Ia membayangkan bahawa pendeta itu telah merogol, menghamilkan dan membunuh anak tersebut, dan menanam mayatnya.
                                            • Apabila keluarganya datang mereka tidak percaya dengan cakap dan dalih pendeta. mereka akhirnya membuktikan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh pendeta itu. Dalam masa itu syaitan menjelma dan menemui pendeta. Syaitan berkata : "Aku yang telah merasuk anak gadis itu. Akulah yang membisikkan kepada keluarganya. Kalau engkau mahu selamat engkau ikutlah perintahku. Aku akan meleaskan engkau dari tindakan mereka." "Bagaimana?", kata pendeta itu. Jawab syaitan : "Engkau sujud kepadaku dua kali." Pendeta itu pun sujud kepada syaitan. Apabila ia sujud syaitan pun berkata : "Aku melepaskan diri dari kejahatan (kufur) yang telah engkau lakukan. (Aku tidak ada kena-mengena denga perbuatan syirikmu)."
                                          • Janganlah orang yang beriman mengikut cara syaitan
                                            • Jangan mengikut pemimpin yang menjauhkan diri daripada Allah SWT
                                              • 16:63. Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus kepada umat-umat yang sebelum kamu, tetapi syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka; ia adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang pedih.
                                                • 43:36-37. Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan mereka menghalangi mereka daripada jalan, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk, (syaitan adalah teman baik orang yang membutakan diri daripada al-Qur'an, dan ia membuat orang itu menyangka mendapat petunjuk)
                                                  • Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. (Az-Zukhruf 43:36) 
                                                    • Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. (Az-Zukhruf 43:36)

                                                      Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Az-Zukhruf 43:37)

                                                      Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman". (Az-Zukhruf 43:38)

                                                      (Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab". (Az-Zukhruf 43:39)

                                                    • Wassalam
                                                      

                                                      Comments

                                                      Popular posts from this blog

                                                      Ustaz Ghazali Omar 020912

                                                      Ustaz Shamsuddin 090809

                                                      Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914