Ustaz Shamsuddin 080412

iThoughts

  • Ustaz Shamsuddin 080412
    • Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam
    • Uzlah adalah satu- satu jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT
    • Membersihkan diri
      • Hukumnya wajib bagi orang yang beriman mengubati penyakit hati
      • Penyakit hati adalah seperti hasad, dengki, ujub dan sebagainya
      • Berpunca penyakit hati apabila sesaorang itu suka melakukan dosa. Serta terlalu mengikut hawa nafsu
      • Terlalu cinta kepada alam material, keduniaan. Sehingga lalai daripada beribadat kepada Allah SWT
    • Uzlah
      • Cara yang baik untuk mengubati sakit hati adalah uzlah.
      • Iaitu mengasingkan diri untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
      • Menjauhkan diri daripada orang orang yang tidak baik daripada pandangan agama.
      • Terpelihara diri daripada kejahatan dan fitnah
      • Sekiranya tempat kediaman kita membahayakan agamanya, maka hendaklah ia berpindah kesuatu tempat yang selamat
    • Baginda SAW beruzlah
      • Menjauhkan diri daripada maksiat masyarakat jahiliah
      • Menyepikan diri kedalam gua Hira'. Ketika itu Islam belum diturukan lagi. Baginda belum mendapat wahyu
      • Baginda bertakafur....
    • Ayat Al Kahfi Ayat 16
      • وَإِذِ اعْتَزَلْتُمُوهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ إِلَّا اللَّهَ فَأْوُوا إِلَى الْكَهْفِ يَنشُرْ لَكُمْ رَبُّكُم مِّن رَّحمته ويُهَيِّئْ لَكُم مِّنْ أَمْرِكُم مِّرْفَقاً
      • "Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna". Surah Al Khafi Ayat 16
      • Ayat ini diwahyukan kepada Baginda SAW
      • Sebagai pengajaran kepada orang orang yang beriman
      • Kebaikkan beruzlah. Menjauhkan diri daripada keburukkan serta maksiat sekeliling yang dilakukan oleh masyarakatbsetempat
      • Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Abu Hurairah " berfikir satu saat adalah lebih baik daripada ibadat selama 70 tahun"
    • Musuh yang akan megikut kita semasa beruzlah
      • Dunia yang akan melalaikan kita daripada mengingati Allah SWT
      • Syaitan juga menggoda kita daripada menjauhkan diri daripada maksiat. Kesenangan dunia merupakan senjata syaitan.
      • Nafsu merupakan musuh utama manusia. Mengajak manusia supaya banyak berangan-angan. Suka relax dan tidur daripada berjaga u ntuk beribadat
      • Hawa menggoda manusia untuk membuat maksiat dengan berbagai dosa lidah. Bercakap cakap dengan tidak disedari melakukan dosa.
    • Uzlah itu terbagi kepada dua...
      • Dengan diri dan hati. Memjauhkan diri secara fizikal dan rohani daripada masyarakat
      • Dengan hati sahaja. Fizikalnya masih berada ditempatnya.
        • Dapat menyelamatkan iman dan agamanya
        • Dizaman ini uzlah cara ini lebih sesuai. Kerana perlu ada orang yang menegur masyarakat daripada melakukan maksiat.
    • Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914