Ustaz Firdaus 060412

iThoughts

  • Ustaz Firdaus 060412
    • Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala i`tiqad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain" Surah Yusuf 108
    • Ayat diatas menunjukkan betapa pentingnya berdakwah
      • Rasulullah SAW dan para sahabat bertungkus lumus menyerjakan dakwah. Untuk memperluaskan agama Islam
      • Meletakkan Islam melebihi daripada agama- agama yang lain.
    • Penentangan terhadap dakwah Islamiah
      • Para pembesar Mekah Quraish menentang kerja dakwah Rasulullah SAW
      • Keluarga Baginda sendiri juga menentang
      • Sehingga ada yang menghasut Bapa saudaranya Abu Mutalib yang menyayangi baginda supaya menasihati Rasulullah SAW berhenti daripada kerja dakwahnya
      • Baginda juga difitnah sebagai orang gila, orang ahli sihir serta seorang yang penipu.
    • Nyawa Baginda diancam
      • Cuba diracunkan Baginda
      • Baginda juga disihir
      • Orang Quraish akhirnya mengupah orang ramai untuk membunuh baginda.
    • Mujahadah
      • Merupakan rahsia kekuatan Rasulullah SAW menghadapi berbagai halangan
      • Rukun mujahadah
        • Uzlah...menyendiri untuk beribadat kepada Allah SWT
          Link:tahfiz.net/madrasah/?p=163
        • Kitab Alhikam juga menyatakan hal UZLAH
          Link:www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=uzlah&source=web&cd=1&ved=0CBEQFjAA&url=http%3A%2F%2Falhikam0.tripod.com%2Fhikam012.html&ei=NuF-T8PRDYnrrQfbnoiBBg&usg=AFQjCNG23MKkHjNe94Rb4V1cI-RJE2Fcpg
        • Diam
          • Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata yang baik atau – kalau tidak dapat berkata yang baik, hendaklah ia berdiam diri saja." (Muttafaq 'alaih)
          • Dari Sahl bin Sa'ad r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang dapat memberikan jaminan kepadaku tentang kebaikannya apa yang ada di antara kedua tulang rahangnya – yakni mulut – serta antara kedua kakinya – yakni kemaluannya, maka saya memberikan jaminan syurga untuknya." (Muttafaq 'alaih)
        • Aljuq...berlapar
          • Berlapar akan mendekatkan diri daripada berbuat ibadah
          • Para ulama melarang daripada makan terlalu kenyang kerana menyukarkan diri daripada beribadat
          • Memudahkan diri daripada bangun malam
        • Berjaga diwaktu sahur
          • يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ. يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ. Maksudnya: Rabb kita Tabaraka wa Ta'ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku akan mengabulkannya; siapa yang meminta kepada-Ku, nescaya Aku akan memberinya; siapa yang memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunnya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1145.
          • وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat Tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. - al-Israa' (17) : 79
        • Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914