Posts

Ustaz Nazri 261112

From Evernote: Ustaz Nazri 261112 Kuliah Maghrib • Tidak ada acuan yang lebih baik, daripada acuan agama Islam yang dianugerahkan oleh Allah SWT. • Allah SWT menjadi lelaki dan perempuan berpasang. Supaya satu membantu yang lain. Berkasih sayang.  Memberi zuriat berketurunan. • Dijadikan banyak benda didalam alam ini juga berpasanagan. Seperti malam dan siang. • Siang dijadikan untuk manusia mencari kehidupan, iaitu menjalankan pekerjaan dan malam dijadikan untuk manusia berehat serta tidur. • Malam juga dijadikan sebagai pakaian untuk manusia. Wassalam

My idea : Ustaz Dr Syihabuddin 111012

Ustaz Dr Syihabuddin 111012 Ustaz Dr Syihabuddin 111012 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda, Shah Alam Nas Al Quraan mengenai ibadah qurban Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu)." (Surah al-Kauthar : ayat 1-2) Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya." ( Al-Haj ; 36) Nas hadith mengenai ibadah Qurban Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari 'Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya...

My idea : Ustaz Shamsuddin 111112

Ustaz Shamsuddin 111112 Ustaz Shamsuddin 111112 Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Takdir daripada Allah SWT Segala sesuatu yang terjadi adalah ketentuan Allah SWT Perlulah orang yang beriman itu redha dengan ketentuan yang terjadi Apa sahaja yang terjadi serta berlaku akan diri kita itu adalah dengan ketentuan Allah SWT DIA maha berkuasa Tidak menjadi keberatan bagi NYA untuk mentakbir alam ini, termasuk apa yang telah ditentukan keatas diri kita Peredaran malam dan siang, serta apa sahaja kekayaan yang terdapat daripada alam ini merupakan kurniaan Allah SWT Betapa dengan ketentuan Allah SWT manusia dapat menikmati akan pemberian Menjadi kewajipan manusia untuk berusaha dan berikhtar Tetapi kejayaan dan kegagalan itu bukan kerana usaha kita Kejayaan dan juga kegagalan adalah kehendak Allah SWT DIA yang menentukan. Wassalam l>

Ustaz Ghazali, KLCC 141112

Ustaz Ghazali, KLCC 141112 Ustaz Ghazali, KLCC 141112 Kuliah Khas Hijrah 1434, Masjid Al Huda Shah Alam Rasullah SAW mendapat wahyu pertama baginda semasa digua Hira' Pada ketika itu Jibril datang menunjjukkan wajahnya Baginda terkejut, serta demam kerana peristiwa itu yang sungguh luar biasa Di Mekah juga baginda menerima perintah daripada Allah SWT untuk mengerjakan dakwah Ini menandakan bahawa dakwah itu satu agenda yang penting Satu ketentuan yang wajib bagi semua orang Islam. Dahulu, kini dan selama lamanya Dinegara kita, bagaimana keadaannya inisiatif dan program dakwah Konsert penyanyi artis barat cukup hebat dipentaskan di Malaysia Bagaimana pula dengan konsert artis dakwah... Pengalaman yang lalu, cukup sedih....Sambutan bagi artis dakwah Islamiyah cukup sepi sahaja Sekiranya konsert artis barat ditaja oleh syarikat antarabangsa, bagaimana pula dengan artis berdakwah. .. Berkemungkinan para ulama...

Ustaz Ali 131112

Ustaz Ali 131112 Ustaz Ali 131112 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Rahmat Allah SWT Segala yang ada dimuka bumi ini mendapat rahmat Allah SWT Begitu luasnya RahmatNYA Bagaimana dengan orang yang fasik? Adakah mereka mendapat rahmatNYA Begitu meluas rahmat!NYA Semua makhlukNYA mendapat akan rahmatNYA Orang kafir dan orang fasik juga mendapat rahmatNYA....malangnya mereka ini tidak lansung mahu mengakuinya Oleh kerana itu Allah SWT didalam Al Quran menyatakan bahawa rahmat bagi mereka tidak sama dengan orang yang beriman Bagaimana dengan binatang? Rahmat Allah SWT juga mendapat rahmatNYA Semua mereka mendapat habuan masing- masing Apakah berbandingan rahmat antara dunia dan akhirat Rahmat didunia ini hanyalah satu peratus sahaja. Sembilan puluh sembilan peratus lagi itu akan dikecapi diakhirat nanti Wassalam

Ustaz Adnan 111112

From Evernote: Ustaz Adnan 111112 Kuliah Maghrib • Ujub berarti membesarkan tenaga diri sendiri yang membolehkan beramal yang soleh. • Melakukan amal yang soleh atas sebab yang tertentu. • Didalam syarak setiap amal yang soleh itu adalah nikmat daripada Allah SWT. Bukan sebab yang lain... • Wajib hukumnya bagi seorang mukmin melakukan amalan yang soleh kerana kurnia nikmat daripada Allah SWT. • Bagi orang awam kita tidak terlepas daripada sikap ujub. Maka wajib untuk bertaubat diatas perbuatan mereka. supaya apabila mati kelak diterima Allah SWT keimanan mereka. •  Sikap ujub terbagi tiga: - Sentiasa bersikap ujub. Muktazilah dan Kadariah termasuk dalam golongan ini. mereka beri'tiqat yang mereka melakukan ibadah kerana tenaga diri mereka. - golongan kedua menyangka yang segala ibadah adalah daripada akan nikmat tawfiq dan hidayah daripada Allah SWT. - Golongan ketiga terdapat campuran fahaman golongan satu dan kedua. Keban...

Ustaz Ghazali Omar 071112

From Evernote: Ustaz Ghazali Omar 071112 Kuliah Maghrib • Kekuatan akal dapat mengalahkan orang ramai • Kecerdasan minda itu perlu didahului dengan ilmu yang cukup • Apabila menyampaikan sesuatu perkara, perlulah diketahui akan tingkatan kecerdasan minda orang yang hendak disampaikan. • Al Quran akan mencerdaskan akal orang yang selalu membaca serta menghafalkan ayat ayatnya. • Sekiranya seaorang itu selalu berdampingan dengan orang yang cerdas akalnya, ia juga akan mempertingkatkan akalnya. Wassalam