Ustaz Azman 16/11/08

Kuliah subuh yang disampaikan ustaz di masjid Al Huda Seksyen 19 Shah Alam

Tajuk kuliah adalah bab munafiq

Orang orang munafiq adalah merupakan orang muslim yang berpura-pura iman. Malah golongan ini telah wujud semasa zaman Rasulullah SAW lagi. Mereka ini biasa berjemaah dibelakang nabi.

Sifat kepura-puraan ini susah untuk orang mukmin yang lain untuk mengenal pastikan mereka. Kerana mereka ini sembahyang dan mereka juga mengeluarkan sedekah.

Untuk mengenal orang munafiq ini adalah dengan mengujikan mereka. Dengan menghendaki mereka mengikut hukum- hukum syariah. Kerana salah satu ciri orang munafiq adalah mereka ini mempunyai kepercayaan dan keilmuan yang bercanggah dengan hukum hukum tersebut.

Contoh yang berlaku didalam masyarakat kita yang menunjukkan sifat kemunafiqkan adalah apabila majlis fatwa telah mengeluarkan sesuatu fatwa maka terdapat golongan yang menentangnya. Saperti fatwa yang dikeluarkan baru-baru mengenai wanita yang merupai lelaki adalah satu perbuatan yang haram. Ada yang berani dengan biadapnya menyelar majlis fatwa didalam akhbar.

Ada golongan yang melakukan solat sunat untuk menunjuk kepada orang lain. Tetapi tidak mempunyai ilmu. Ustaz menceritakan yang dia pernah melihat seorang yang mengerjakan solat sunat selepas solat Asar. Apabila ditanya sembahyang apa yang dikerjakan. Dia menjawap dengan nada saolah hendak menunjuk yang dia saorang yang kuat beribadat. Tetapi jelas yang dia tidak mempunyai ilmu tentang hukum.

Terdapat ramai orang mukmin yang melakukan maksiat dengan jelas. Bila ditegur dia tidak dapat menerima. Malah memperkecilkan hukum agama, saolah-olahnya itu adalah ketinggalan zaman. Malah yang menyedihkan lagi apabila masyarakat Islam hari ini telah tidak mahu menegur lagi perbuatan maksiat.

Membiarkan perbuatan maksiat berluas-luasa didalam masyarakat akan mengundang kemurkaan Allah SWT. Nanti tidak selamat kita daripada azab Allah SWT.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914