Ustaz Zaid 270209

• Kejayaan didalam Islam melingkupi kehidupan dunia dan akhirat.

• Visi seorang muslim perlu mencapai kecemerlangan didalam hidup ini dan juga hidup diakhirat.

• Untuk mencapai visi tersebut maka tindakkan yang dilakukan juga perlu selari dengan cara hidup atau ad deen Islamiah.

• Iman merupakan asas yang perlu dikuatkan dengan ilmu dan amal yang soleh. Sesiapa yang kuat tauhidnya tidak mudah digoda oleh kemanisan hidup duniawi.

• Orang yang tidak kuat imannya susah untuk melakukan ibadat. Senang untuk melakukan maksiat..

• Solat merupakan satu amalan yang penting untuk mencapai kejayaan.

• Amalan solat yang tahsin memerlukan ilmu yang berasaskan hadith dan amalan para sahabat. Kesempurnaan solat hendaklah dilakukan dengan selengkapnya.

• Para sahabat dididik oleh Rasulullah SAW dengan solat yang khusyuk. Allah SWT menganugerahkan kejayaan kepada mereka kerana kekhusyukan solat mereka.

• Amalan yang soleh memerlukan azam yang kuat. Beristiqamah melakukan ibadah saperti solat. Sahingga membawa kepada peringkat tabiaat.

• Apabila terbit didalam hati rasa terbela oleh Allah SWT maka tidak ada yang dapat menghalang kejayaan serta kecermelangan diri.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Shamsuddin 090809