Ustaz Yussof 050409

Kuliah Subuh

• Manusia diakhir zaman ini tujuan hidupnya adalah untuk memiliki harta kekayaan yang banyak. Setelah mendapatnya mereka akan perpoya- poya dengan wanita.

• Kelekaan dengan dunia akan membuat kita lupa akan hari akhirat dan kehidupan setelah mati. Lupa kepada kewajipan kepada Allah SWT.

• Umat Islam sudah longgar akan ukhwah sesama sendiri. Pemimpin negara Arab misalnya sanggup melihat kesiksaan hidup orang Palestin ditangan kejam orang Yahudi.

• Di Malaysia juga terdapat pepecahan dikalangan ummah. Para pemimpin bercakaran berpecah belah. Berpuak. Ukhwah Islamiah sudah tercicir.

• Mencari kedudukan yang istimewa dikalangan masyarakat duniawi ada yang sanggup menggadai akidah mereka. Meletakkan ketakutan kepada Allah SWT sama darjatnya dengan takutnya kepada pemimpin dunia.

• Kepada orang yang beriman. Kehidupan diakhirat yang sejahtera adalah matlamat. Kehidupan dunia adalah cara untuk mencapai kehendak diakhirat.

• Budaya ilmu didalam umat Islam pada hari ini sudah semakin merosot. Ramai dikalangan umat Islam yang sudah tidak rajin membaca. Ramai remaja Islam yang tidak tahu menahu akan banyak perkara yang terjadi di sekeliling kita. Kerana ramai yang tidak menjadikan ilmu itu satu amalan.

• Pejuang Islam seperti Hassan Al Bana sanggup berdakwah kepada ramai orang Islam. Malah dia pergi ketempat- tempat awam dimana maksiat dilakukan secara terbuka. Tetapi dewasa ini berapa ramaikah pendakwah ang sanggup melalukannya.

• Masyarakat mukmin harus kembali kepada seruan berdakwah saperti para sahabat dan tabein.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809