Ustaz Uda Kassim 230709

Al Quraanulkareem

• Diturunkan daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui Jibril secara beransur- ansur.

• Kenapakah Al Quraan diturunkan secara beransur? Didalam Al Quraan Allah SWT memberitahu bahawa diturunkan begitu untuk memperkukuhkan jiwa Rasulullah SAW.

• Tak kala Nabi SAW didalam kesedihan, maka diturunkanlah Jibril mebawa ayatul Quraan. Maka tenang dan lagi kuat kembali jiwa Baginda untuk berhadapan dengan orang kafir yang sentiasa mencemuh nya.

• Pernah orang orang kafir mempersendakan baginda dengan soalan yang pelik. Diwaktu itu mustahil untuk menjawab. Walaupun jawapan kepada soalan tersebut diwahyukan bukan secara segera. Tetapi apabila disampaikan jawapan kepada orang kafir barulah mereka akur akan kelebihan Al Quraan. Serta juga dengan turunnya ayat tersebut maka ia mengembirakan Rasulullah SAW.

• Semasa peristiwa Siti Aisyah difitnahkan, Rasulullah SAW merasa sedih. Kerana sikap perasangka orang lain terhadap keluarga baginda. Maka Allah SWT menurunkan ayat untuk membersihkan nama baik Saidatina Siti Aisyah.

• Ayat Quraan juga diturunkan untuk menegur umat Islam ketika itu. Saperti tingkah laku segelintir para sahabat yang bersikap takabur didalan peperangan Hunain.

• Al Quraan juga diturunkan untuk menegur beberapa perbuatan Rasulullah SAW. Dengan sebegini maka Baginda sentiasa di beri perlindungan agar mempunyai akhlaq yang mulia.

• Ada peristiwa dimana baginda tidak mempunyai jawapan akan persoalan yang diajukan kepada baginda. Maka dengan segera Allah SWT menurunkan ayat yang memberi jawapan kepada soalan yang Baginda sedang menghadapi.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914