Ustaz Azman 150112

iThoughts

  • Ustaz Azman 150112
    • Kuliah Subuh, Masjid Al Huda, Shah Alam
    • Lukman Al Hakim
      • Dinaikkan kedudukkannya hingga terdapat satu surah didalam Al Quran
      • Surah Lukman menceritakan wasiat Lukman Al Hakim kepada anaknya
    • Pesanan Luqman kepada anaknya yang termaktub didalam surah Luqman
      • 31-13: Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, dan dia memberi pelajaran kepadanya: "Wahai anakku! Janganlah kamu syirik (mempersekutukan) dengan Allah, sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang besar."
      • 31-14: Dan Kami (Allah) mewasiatkan kepada manusia terhadap kedua-dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan memeliharanya (menyusunya) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku (Allah) dan kepada kedua-dua orang ibu bapa kamu, kepada-Ku (Allah) tempat kembali.
      • 31-16: (Luqman berkata): "Wahai anakku! Sesungguhnya jika ada seberat biji sawi, berada dalam batu atau di langit atau di bumi, Allah akan mendatangkannya. Sesungguhnya Allah adalah al-Latif (Maha Halus), lagi al-Khabir (Maha Mengerti)."
        • Nota: Tidak takut kepada yang lain melainkan Allah SWT. Sedar bahawa Allah SWT mengetahui apa yang dilakukan, walaupun sekecil biji sawi.
      • 31-17: "Wahai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan makruf (yang baik) dan cegahlah daripada perbuatan mungkar, dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang ditetapkan (diwajibkan)."

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809