My idea : Ustaz Shamsuddin 130512

Ustaz Shamsuddin 130512
Ustaz Shamsuddin 130512
  • Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Seksyen 19 Shah Alam
    • Alam yang manusia diami ini ada penciptanya
      • Bercahaya alam ini datangnya daripada penciptaNya, ia itu Allah SWT
        • Tanpa cahaya tersebut maka gelaplah alam ini
          • Begitulah dengan manusia, tanpa pertunjjuk daripada Allah SWT maka gelap dan sesatlah hatinya
          • Dengan rahmatNYA maka alam ini dihidupkan. Manusia dan makhluk yang mendiami alam ini hidup bergantung kepada Allah SWT
            • Dari berbagai aspek...
              • Terutama pertunjjuk kepada manusia dari aspek agama.
                • Bercahaya jiwa yang asal itu hitam, gelap gelita kepada hati yang bercahaya
                • Bagi orang yang beriman...
                  • Apabila dia berinteraksi dengan alam ini maka dengan sedar ia juga melihat kebesaran penciptaNYA
                    • Datang didalam hatinya akan kekerdilan dirinya jika dibandingkan dengan kebesaran Allah SWT
                      • Terasa kagum dan takut kepada kekuasaan Allah SWT
                        • Yakin bahawa apa sahaja yang terjadi didalam alam ini mengikut ketentuan yang ditentukan oleh Allah SWT
                        • Bersyukur orang yang beriman kepada Allah SWT
                          • Akan nikmat yang dianugerahkan Allah SWT kepada nya
                            • Apa sahaja nikmat diterima walaupun daripada sesiapapun, hakikatnya ia datang daripada Allah SWT
                              • Apabila sesaorang hamba mengingati Allah SWT, maka begitu jugalah Allah SWT akan lebih dekat kepada hambaNYA

                              Comments

                              Popular posts from this blog

                              Ustaz Rahmatullah 190819

                              Ustaz Shamsuddin 090809

                              Ustaz Yusuf 030825