Ustaz Adnan 090912

From Evernote:

Ustaz Adnan 090912

Kuliah Maghrib

• Hendaklah kita menjaga anggota diri sekiranya hendak mencapai tingkatan yang baik semasa melakukan ibadat.

• Perlu dijaga mata. Penglihatan itu akan mempengaruhi hati. Diganggu hati ketika beribadat. sukar untuk kyusyuk.

• Menjauhi daripada melakukan ma'siat dengan mata. Kerana penglihatan itu pasti menggangu hat.

• Hati juga akan merosakkan amal ibadat kita. Hati yang diganggu oleh sifat ria' akan memusnahkan seluruh amalan kita.

• Pemakanan juga akan memainkan peranan yang penting didalam mempengaruhi keadaan hati.

• Makanan yang datangnya daripada sumber yang haram akan menimbulkan satu negatif didalam hati. Seperti susah untuk membaca Al Quraan.

• Makanan yang halal itu mempengaruhi khudrat diri untuk beribadat.

• Mengambil makanan yang  haram pasti akan mempengaruhi hati supaya sukar untuk melakukan amal ibadat.

• Hati juga menjadi keras untuk melakukan ibadah jika mengambil makanan berlebihan. Hilang kemanisan  beribadah. Juga hilanglah nur ddalam hatinya.

• Juga untuk beramal dengan baik hendaklah kita kurangkan makan, cakap dan tidur.

• Berhimpun kebajikan apabila kita melakukan perkara tersebut. Kurangkan makan. Berdiam diri. Bercakap akan perkara yang baik. Mengasingkan diri dari hal duniawi semata mata serta selalu menjaga malam.

• Orang alim menasihat bahawa modal untuk rajin melakukan ibadat adalah berlapar. Dengan lapar senang beramal dengan khusyuk.


Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Shamsuddin 090809