Ustaz Ghazali, KLCC 141112
Ustaz Ghazali, KLCC 141112
- Kuliah Khas Hijrah 1434, Masjid Al Huda Shah Alam
- Rasullah SAW mendapat wahyu pertama baginda semasa digua Hira'
- Pada ketika itu Jibril datang menunjjukkan wajahnya
- Baginda terkejut, serta demam kerana peristiwa itu yang sungguh luar biasa
- Di Mekah juga baginda menerima perintah daripada Allah SWT untuk mengerjakan dakwah
- Ini menandakan bahawa dakwah itu satu agenda yang penting
- Satu ketentuan yang wajib bagi semua orang Islam. Dahulu, kini dan selama lamanya
- Dinegara kita, bagaimana keadaannya inisiatif dan program dakwah
- Konsert penyanyi artis barat cukup hebat dipentaskan di Malaysia
- Bagaimana pula dengan konsert artis dakwah...
- Pengalaman yang lalu, cukup sedih....Sambutan bagi artis dakwah Islamiyah cukup sepi sahaja
- Sekiranya konsert artis barat ditaja oleh syarikat antarabangsa, bagaimana pula dengan artis berdakwah. ..
- Berkemungkinan para ulama' dapat mencari satu penyelesaian
- Menggunakan dana zakat...
- Bagi mendidik para remaja mengenai hal agama Islam
- Secara berbagai media. Terutama dengan menggunakan media masa yang digemari oleh remaja muslim
- Berdakwah didalam zaman siber ini memerlukan pendekatan yang berbeza. Cabaran yang datang bertubi tubi untuk mrnyelewengkan anak remaja muslim.
- Maka hendaklah kita berhijrah didalam cara kita berdakwah. Terutama kepada remaja.
- Di Eropah masyarakat Muslim telah mula berdakwah dengan cara yang menarik perhatian para remaja
- Hukum megerjakan dakwah itu terdapat dua pendapat
- Satu pendapat menyatakan ianya adalah Fardhu Kifayah
- Tetapi ramai para ulama menyatakan berdakwah itu adalah wajib. Cara dan pendekatannya berbeza mengikut kemampuan sesaorang itu.
- Semasa Baginda berhijrah ke Madinah
- Baginda bukan sahaja berhijrah secara fizikal, tetapi lebih penting adalah hijrah minda.
- Baginda setelah sampai di Madinah, mendirikan masjid
- Menjadikan masjid itu sebagai pusat tarbiyah Islamiyah
- Wassalam
Comments