Ustaz Syihabuddin 281212

From Evernote:

Ustaz Syihabuddin 281212

Tazkirah Jumaat, Masjid Al Huda Shah Alam

• Kalimah Azam bermakud Cita cita, Kemahuan, Benda yang dibuat dimasa hadapan.

• Sebagai orang Islam haruslah berazam dengan perkara yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

• Melakukan azam itu hukumnya harus.

• Sekira azam itu didalam perkara yang baik Allah SWT akan memberi pertolongan dan baraqoh.

• Orang yang melakukan azam sudah mendapat pahala, belum lagi dikerjakan. Maka digalakkan para mukmin melakukan azam.

• Berazamlah dengan perkara yang baik. Ia bagaikan jambatan kita diakhirat. Melakukan sesuatu yang dapat menjauhkan kita daripada melakukan perkara yang berdosa. Berpindah daripada perkara haram menuju kepada perkara yang halal.

• Orang beriman perlu berazam untuk tidak melakukan perkara yang bathil. Periksa dengan terperinci kehidupan kita yang lalu sekira terdapat perkara yang bathil. Kemudian berazam untuk menjauhkan diri daripada perkara terebut.

• Kita juga harus berazam untuk mengeluarkan diri daripada mendapat rezeki yang tidak berkat.

• Berazam untuk mencari modal kejayaan akhirat:
- keimanan
- amal soleh
- soleh
- ilmu agama
- keampunan Allah SWT
- mohon syafaat Rasulullah SAW
- rahmat Allah SWT

• Berazamlah untuk menambah ilmu agama. Agar dapat berpindah daripada kejahilan didalam agama.

• Orang beriman juga tidak wajar bermusuhan sesama manusia. Maka berazam agar mencapai kedamaian. Terutama sesama mukmin, umat Muhammad SAW.

Wassalam



Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Shamsuddin 090809