My idea : Ustaz Muhaimin 310113
Ustaz Muhaimin 310113
- Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam
- Kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW
- Bagaimana mencapai ke tahap mencintai Allah SWT & Rasulullah SAW melebihi kecintaan kepada yang lain
- ...tanpa dipaksa paksa. Perasaan cinta itu timbul dari dalam sanubari diri manusia
- Seperti apabila kita terjumpa benda yang berikut
- Cantik
- Sempurna
- Hebat
- Pemberian
- Bagi sesaorang yang hendak mencintai Rasulullah SAW secara semula jadi tanpa dipaksa maka....
- Perlulah dilihat Rasulullah SAW itu dengan ciri ciri tersebut.
- Kecantikan
- Kesempurnaan
- Kehebatan
- Suka memberi
- Sifat sifat yang ada pada Baginda Rasulullah SAW
- Kecantikan Baginda
- Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.
- "Rasulullah s.a.w. tidaklah terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Warna wajahnya tidak terlalu putih seumpama air kapur dan tidak juga terlalu pudar. Rambut baginda s.a.w. tidak terlalu lurus dan tidak pula terlalu kerinting. ALLAH s.w.t. mengurniakan kenabian kepadanya ketika baginda berusia 40 tahun. Beliau telah tinggal di Makkah selama 10 tahun dan di Madinah selama 10 tahun dan ALLAH telah mewafatkannya ketika umur baginda mencapai lebih 60 tahun, namun uban yang ada pada rambut dan janggut baginda tidak melebihi 20 helai." -Anas (r.a.)
- Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda s.a.w., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad s.a.w. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
- Keperibadian Baginda
- Seorang yang penyanyang
- Suka membantu orang lain
- Perwatakan yang berani
- Baginda selalu sihat
- Bergaul dengan sahabat dengan begitu baik
- Mengambil berat tentang perihal sahabat baginda
- Melayan kerenah sahabat walaupun didalm hal yang tidak wajar
-
- Baginda selalu mendoa untuk para sahabat
-
- Sifat Rasulullah SAW
- Sidiq, amanah, tabligh dan fatonah
-
- Baginda merupakan seorang insan yang membawa kebaikan keseluruh alam
- Disifatkan sebagai contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar di dalam al-Quran. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin masyarakat dan Negara yang disegani.
-
-
- Wassalam
Comments