Ustaz Shamsuddin 140713

Ustaz Shamsuddin 140713
Ustaz Shamsuddin 140713
  • Kuliah Suboh, Masjid Al Huda Shah Alam
    • Orang yang beriman wajib mengimani bahawa Allah SWT yang maha esa dan tidak ada sesuatu sertaNya
      • Manusia itu semuanya adalah Fana. Tidak kekal
        • Yang kekal hanyalah Allah SWT
          • Apa pun yang terjadi kepada manusia hanyalah berlaku dengan kehendakNYA
            • Allah SWT tidak memerlukan kepada makhluk didalam menguruskan alam ini
            • Allah SWT itu adalah ESA
              • Tidak ada apapun yang bersekutu denganNYA
                • Sifat WAHDANIAH
                  • Wahdaniah ertinya satu atau esa atau tunggal.
                  • Kam Munfasil
                    • Mustahil ada yang menyamai Allah SWT didalam alam ini
                    • Kam munttasil
                      • Mustahil Zat Allah tersusun seperti makhlukNYA
                    • Tahshiilul haashili
                      • Hanya Allah SWT yang menjadikan Alam ini,
                        • Tidak masuk akal jika alam ini dijadikan oleh lebih daripada satu tuhan seperti yang dipercayai oleh orang kafir
                          • Tuhan mana yang dahulu dan yang mana yang terkemudian menjadikan alam ini
                            • Jadi Tuhan mereka itu tidaklah yang berkuasa ada kelemahan
                          • Allah SWT tidak menyerupai sesiapun daripada makhluknya
                            • Zat NYA tidak bersusun seperti makhluknya
                              • Yang tersusun itu menunjjukkan yang ia dijadikan oleh sesuatu
                                • Seperti manusia dijadikan susunan sel. Struktur tulang dan muscle. Terdapat beberapa sistem dan organ
                                  • Pokok juga terdapat sel, struktur dan sistem
                                    • Begitu juga logam. Terdapat susunan molekul dan susunan kimianya
                                    • Sifat makhluk tidak dapat menjadikan sesuatu yang lain daripada kejadiannya
                                      • Contohnya sel didalam badan manusia tidak dapat menciptakan sel yang lain
                                    • Kudrat Allah SWT itu juga satu, ESA
                                      • Kuasa yang sama yang menjadikan segala makhluk dialam ini
                                        • Kuasa yang sama juga yang menentukan kejadian dialam ini
                                          • Dia yang menentukan segala apa yang berlaku
                                            • Tidak terjadi sesuatu melainkan dengan izin Allah SWT
                                            • Allah SWT menentukan sistem yang perlu dipatuhi oleh makhlukNYA
                                              • Manusia dijadikan untuk berusaha mengikut hukum Allah SWT
                                                • Perlu berusaha mencari makan....
                                                  • Makan itu tidak datang dengan sendirinya
                                                  • Tetapi ada makhluk yang makannya didatangi oleh Allah SWT tanpa berusaha
                                                    • Contohnya pokok. Ia tidak perlu berpindah randah mencari makan
                                                    • Hanya Allah SWT yang berkuasa untuk megubah sistemNYA
                                                    Wassalam

                                                    Comments

                                                    Popular posts from this blog

                                                    Ustaz Ghazali Omar 020912

                                                    Ustaz Shamsuddin 090809

                                                    Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914