Evernote:Ustaz Yussof 061013

Kuliah subuh, Masjid Al Huda Shah Alam
  • Seorang mukmin hendaklah mengamalkan segala ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah
  • Islam yang benar berlandaskan sunnah dan Al Quran
  • Yakin kepada hari akhirat, azab yang dahsyat sekali didalam neraka serta kenikmatan hidup yang tidak tethingga didalam syurga
  • Beriman hendaklah digabungkan dengan beramal. Kerana sekira beriman itu tidak selari dengan amalan yang tulen maka bererti iman itu telah rosak
  • Jadilah seorang muslim secara total. Bukan mengambil Islam secara pilih - memilih. Yang suka diambil yang tidak suka ditolakkan. Amalan agama mengikut hawa nafsu
  • Para sahabat mengambil agama dengan serius. Diwakafkan kebun kurma kerana kebun itu mwmbuat dia leka hingga tidak bersolat jemaah. Dunia tidak bersarang dihatinya.
  • Orang mukmin akan sentiasa mengingati mati. Yang akan muncul secara tiba- tiba. Semua manusia akan menghadapinya
  • Solat itu dijaga dengan baik oleh orang mukmin. Dijalankan dengan berjemaah pada solat fardhunya. Tidak mahu ditinggalnya kerana ia yakin akan ganjarannya
  • Segala cara hidupnya berlandas ķepada syariat Islam.  "A way of life"
  • Zaman teknologi moden ini perlu dinilai dengan baik oleh ahli agama. Ada kegunaannya yang baik, tetapi ada yang tidak selari dengan kehendak agama. Disegi fiqh juga dinilai semula kegunaan teknologi oleh umat Islam
  • Orang mukmin juga hendaklah mempertahankan Islam  dengan sentiasa membaca dan memahami Al Quraan. Serta mengajarkannya kepada generasi mukmin seterusnya
  • Masyarakat Islam hendak dijaga ukhwahnya. Menjaga kebajikan ummah. Mengambil berat akan kesejahteraan jiran dan ahli qariah yang lain
  • Wassalam

Sent from Evernote

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914