Ustaz Abdul Halim 270714
Kuliah Subuh
- Ganjaran beribadah bagi orang yang beriman adalah berlipat ganda. Tetapi dosa yang dilakukan dikira hanya satu sahaja serta berkemungkinan diampuni.
- Beribadah yang dilakukan perlulah bersifat ikhlas kerana Allah SWT.
- Perisai bagi orang yang beriman adalah ibadah puasa. Tidak perlu kepada tangkal dan serapah yang bersifat tahayul.
- Juga bagi orang yang beriman berdoa juga merupakan benteng baginya untuk menghindari siksaan diakhirat.
- Janganlah orang yang beriman bersikap sombong kepada Allah SWT dan manusia yang lain.
- Ada juga yang bersifat sombong ketika melakukan ibadah. Maka rugilah mereka kerana tidak mendapat apa apa kebaikan.
- Ibadah juga dapat memberi syufaat kepada orang lain terutama ibu bapa.
- Berkasih sayang kerana Allah SWT akan mendapat ganjaran yang banyak. Bagaikan cahaya yang menerangi dihari akhirat.
- Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote. |
Comments