Evernote:Ustaz Ghazali 071014

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam
  • Orang orang yang beriman hendaklah bersyukur kepada Allah SWT akan nikmat perpaduan
    • Melalui hikmah Islam masyarakat Arab dan yang bukan Arab bersatu padu
    • Sebelum kedatangan Islam banyak kaum dan khabilah di benua Arabia berpecah belah perang menyerang satu sama lain
    • Sehinggalah pada zaman ini, Islam telah berjaya menyatukan masyarakat dunia berbilang bangsa merentas beberapa benua
  • The Noble Quran 8:63

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا مَّآ أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

And He has united their (i.e. believers') hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not have united their hearts, but Allah has united them. Certainly He is All-Mighty, All-Wise.
  • Rasulullah SAW telah berjaya membawa mesej persaudaraan didalam Islam
  • The Noble Quran 47:17

وَٱلَّذِينَ ٱهْتَدَوْا۟ زَادَهُمْ هُدًى وَءَاتَىٰهُمْ تَقْوَىٰهُمْ

While as for those who accept guidance, He increases their guidance, and bestows on them their piety.
  • Allah SWT juga memerintahkan orang mukmin melakukan amal makruf nahi mungkar
    • Bersifat kasih sayang meminta yang terbaik didalam Islam
    • Mengajak kejalan kebaikan
    • Serta menasihati dan melarang akan perbuatan yang mungkar
  • Sesuatu yang perlu diambil berat oleh masyarakat didalam berdakwah perlulah mengikut aqidah yang benar
  • Didalam zaman moden ini pendekatan berdakwah
    • Dijalankan dengan berbagai cara
    • Mengikut suasana yang setempat
    • Juga mengikut cita rasa masyarakat semasa
    • .....asalkan mengikut landasan syara' yang benar
  • Sesiapa yang menyeru kepada maksiat
    • Ia akan mendapat dosa orang yang melakukannya
    • Tidak wajar didalam masyarakat Islam,  program maksiat dipublisiti dengan meluas.
  • Sesiapa yang mengajak kepada kebajikan
    • Ia akan mendapat ganjaran pahala orang yang melakukannya
    • Maka perlulah dakwah ditingkatkan untuk memurnikan masyarakat semasa
    • Sumbangannya tetap diberi ganjaran
Wassalam

....gambar hiasan digunakan adalah melalui google image search.  Terima kasih diatas kreatif penciptanya
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809