Evernote:Ustaz Indonesia 201114
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam
- Dihari akhirat kelak seluruh anggota kita menjadi saksi akan perbuatan kita semasa hidup didunia
- Maka didunia ini perlulah kita menjalani hidup dengan berpandukan Al Quran
- Tetapi sayang ramai orang tidak menemui kefahaman yang benar. Malah ramai yang tersasar kerana tidak mempelajarikan Al Quran daripada guru yang tulen.
- Para ulama' sependapat bahawa membaca Al Quran hukumnya sunnnat. Yang wajibnya adalah kehidupan orang mukmin hendaklah mengikut serta mengamal akan Al Quran.
- Memahami Al Quran itu perlulah dengan ilmu yang bersumberkan sunnah Rasulullah SAW yang soheh. Para ulama' yang membawa ilmu sunnah waljamaah merupakan cabang yang benar. Guru-guru yang menyampaikann ilmu agama yang bersanadkan daripada Rasulullah SAW, Para Sahabat, Tabien dan para ulama' seterusnya.
- Mereka yang cuba-cuba hendak mentafsirkan Al Quran tanpa ilmu akan ditempatkan Allah SWT didalam api neraka.
- Jadi perlulah orang yang telah tersilap kembali kepada jalan yang benar. Ia itu ilmu yang berpandukan Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
- Malah kita yang hidup didalam zaman ini beruntung kerana terdapat banyak khazanah ilmu yang telah dibukukan didalam kitab-kitab yang telah dijamin kebenarannya oleh para ulama serta para pihak berwajib.
- Terdapat banyak sekali majlis-majlis ilmu yang dianjurkan berbagai pihak dan masjid-masjid diseluruh pelusuk negera.
- Maka perlulah masyarakat mempertingkatkan ilmu supaya Allah SWT menjauhkan kita daripada mengamalkan ajaran yang songsang.
- Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote. |
Comments