Ustaz Nazri 280119
Kuliah Maghrib ✓ Orang yang Allah SWT pilih agar mendapat kesusahan yang baik, dia akan mula memperbanyakkan amalannya apabila hayatnya dah mendekati maut. ✓ أَلْهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ At Takaathur Ayat 1. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), ✓ Ramai manusia tertipu dengan kesenangan dunia. Segala kemewahannya dihabiskan dengan bersuka ria. Tidak mahu mencari jalan akhirat ✓ Mempunyai kemampuan untuk menunaikan haji, tetapi dia tidak mahu mengerjakan. Menangguhkan kewajiban semata-mata kerana dia hendak pergi melancong dulu. Mencari dunia diatas kewajipan agama. Dunia itu lebih penting daripada akhirat. ✓ Allah SWT tidak mengumpul dua ketakutan dijiwa hambanya. Jika ia takut semasa didunia akan apa yang akan dihadapi diakhirat nanti maka Allah SWT akan memberi kesenangan pada nya diakhirat. ✓ Sebaliknya jika hamba itu merasa susah hatinya kerana hal ...